Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Pindah Ibu Pejabat Pasukan Kombat Tentera Laut ke Natuna

0 873

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi memastikan respons yang lebih berkesan dan pantas terhadap kemungkinan berlakunya konflik di Laut China Selatan, Indonesia memutuskan untuk memindahkan ibu pejabat pasukan kombat tentera lautnya ke Pulau Natuna.

Ibu pejabat pasukan kombat tentera lautnya itu yang dikenali sebagai Gugus Tempur Laut (GUSPURLA)  KoArmada 1 berada di Jakarta dan kini akan dipindahkan ke Pulau Natuna.

Perkara itu diumumkan oleh Kepala Staf Angkatan Laut Laksamana Yudo Margono.

Beliau berkata, pemindahan ibu pejabat GUSPURLA itu dilakukan supaya ia dapat bertindak dengan lebih berkesan bagi menangani ancaman luar terhadap kedaulatan sempadan Indonesia di Laut China Selatan. Operasi pasukan itu akan lebih berkesan sekiranya ia berada lebih dekat di Laut China Selatan.

GUSPURLA

Selain pencerobohan daripada kapal-kapal pengawal pantai China, perairan negara-negara jiran Asia Tenggara seperti Malaysia dan Vietnam turut berhadapan dengan pencerobohan dengan kapal-kapal nelayan daripada negara Tembok Besar China serta Vietnam.

GUSPURLA beroperasi di bawah pemerintahan Pemerintahan Armada 1 yang mengoperasikan beberapa buah kapal friget dan korvet.

Antara kapal-kapal perang itu termasuk KRI John Lee, KRI Wiratno, KRI Sutanto, dan KRI Cut Nyak Dien – serta sebuah pesawat CN235.

Natuna

Pada September lepas, Indonesia mengesan kehadiran sebuah kapal pengawal pantai China di perairan ekonomi eksklusifnya berhampiran Pulau Natuna.

Ia mengerahkan kapal peronda Badan Koordinasi Maritim (BAKAMLA) untuk mengawal kapal pengawal pantai China itu.

KRI Wiratno
KRI Wiratno. (foto internet)

Pada awal tahun ini, Jakarta turut mengerah kapal perang dan jet pejuang untuk menghalau puluhan bot nelayan China dan kapal pengawal pantainya yang menceroboh perairan ekonomi eksklusif Indonesia.

Perairan di sekitar Natuna amat kaya dengan sumber gas asli dan tidak hairanlah ia menjadi perhatian China.

Natuna
Perairan di sekitar Pulau Natuna kaya dengan sumber gas asli. (foto internet)

KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.

Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura.

Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...