12 Anggota Tentera Singapura Cedera, Kenderaan Perisai “Hunter” Terbabit Kemalangan di Australia
Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Singapura, dalam kejadian yang berlaku pada 7.40 malam (waktu Australia) semalam, kenderaan perisai “Hunter” itu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Queensland, Australia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua belas anggota tentera Singapura cedera selepas sebuah kenderaan perisai “Hunter” dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan perisai ketika sedang menjalani Latihan Wallaby di Queensland,Australia.
Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Singapura, dalam kejadian yang berlaku pada 7.40 malam (waktu Australia) semalam, kenderaan perisai “Hunter” itu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Kawasan Latihan Shoalwater Bay.
Kesemua yang cedera itu telah dipindahkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan dan beransur pulih, kenyataan itu menyebut.
Latihan Wallaby itu merupakan latihan luar negara tahunan terbesar disertai oleh Angkatan Tentera Singapura.
Menurut media Australia pula, 9News, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta kebal tentera Australia dan kenderaan perisai tentera Singapura.
Angkatan Tentera Australia menyatakan bahawa ia telah menghulurkan bantuan kepada tentera Singapura dan tiada anggota tentera Australia mengalami kecederaan dalam kejadian itu, menurut 9News.
Anggota-anggota tentera Singapura yang mengalami kecederaan itu telah diterbangkan menggunakan helikopter ke Lapangan Terbang Rockhampton dan kemudiannya ke hospital berhampiran menggunakan ambulan.
Latihan Wallaby yang bermula pada 1990 dilaksanakan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Queensland.
Edisi latihan pada tahun ini bermulapada 8 Sept lalu dan akan berakhir pada 3 Nov, melibatkan 6,200 anggota tentera termasuk 500 anggota Kerahan Tenaga Singapura.
Kenderaan tempur berperisai (armoured fighting vehicle) “Hunter” merupakan kenderaan berperisai kebanggaan tentera Singapura yang dibangunkan di dalam republik itu sendiri agensi penyelidiknya, Defence, Science and Technology Agency (DSTA) dengan kerjasama syarikat ST Kinetics yang merupakan anak syarikat kepada ST Engineering serta Angkatan Tentera Singapura itu sendiri.
“Hunter” yang sebelum ini dikenali sebagai Next Generation Armoured Fighting Vehicle (NGAFV) telah mula dibangunkan sejak tahun 2006 dan selepas beberapa prototaip ia telah ditauliah masuk ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Singapura pada tahun 2019.
Kenderaan “Hunter” ini menggantikan kenderaan berperisai M113 Ultra yang telah digunakan oleh tentera Singapura sejak tahun-tahun 1970-an dengan mengaplikasi peningkatan kemampuan dalam pergerakan, ketahanan, armor serta “situational awareness” menerusi penggunaan sistem digital, sistem penderia dan sensor canggih.
Kenderaan AFV “Hunter” memiliki berat sebanyak 29 tan dan mampu membawa lapan anggota tentera lengkap bersenjata serta tiga krew adalah platform yang digital sepenuhnya, dengan sistem “Battle Management System” tersendiri.
Sistem persenjataannya terdiri daripada meriam 30mm “MK44 Bushmaster 11” serta mesingan 7.62mm menerusi penggunaan sistem remote control weapon system “Samson” keluaran syarikat pertahanan Israel, Rafael.
Tiga orang krew yang terlibat dalam mengendalikan “Hunter” adalah commander, gunner dan driver.
Sistem remote control weapon system “Samson” kenderaan tempur “Hunter”” itu juga membawa dua peluru berpandu anti kereta kebal “Spike LR2”, bagi membolehkan ia menjalankan operasi “tank hunter killer” untuk memusnahkan kereta-kereta kebal utama.
Bersesuaian dengan beratnya yang hampir mencapai 30 tan, enjinnya juga berkuasa tinggi sehingga 800hp (kuasa kuda).
Kenderaan “Hunter” ini boleh dipandu selaju 70km sejam dengan operating range sehingga 500km.
Selain sebagai kenderaan kombat, “Hunter” ini juga memiliki varian-variannya yang lain termasuklah kenderaan kejuruteraan, recovery, command dan jambatan. — DSA
Comments are closed.