Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Bangun Tiga Varian Berlainan Pesawat Pejuang KF-21 “Boramae”

Korea Selatan dijangka akan memulakan produksi besar-besaran pesawat pejuang generasi 4.4 KF-21 "Boramae" pada pada tahun ini dan tahun depan dengan pembuatan 40 buah pesawat pejuang itu untuk Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF).

0 779
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan akan membangunkan pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae” kepada tiga varian berlainan khusus untuk misi dan operasi masing-masing iaitu KF-21B untuk Peperangan Elektronik, KF-21EX sebagai Pesawat Pejuang Generasi Kelima manakala KF-21SA untuk Pasaran Eksport.
Ketiga-tiga varian pesawat pejuang itu akan dibangunkan kepada pesawat yang dedikasi untuk melaksanakan misi peperangan elektroniknya dinamakan “KF-21B” dengan Electronic Warfare Office (EWO) ditempatkan di kerusi belakang juruterbang.
Pesawat yang akan dijadikan pesawat peperangan elektronik ini adalah daripada pesawat dua tempat duduk KF-21.
Pesawat dua tempat duduk yang dijadikan pesawat peperangan elektronik KF-21B itu akan dilengkapi dengan dua sistem Electronic Support Measures (ESM) dan tiga sistem Electronic Attack (EA) bagi membolehkannya melaksanakan misinya dengan jaya.
Pesawat peperangan elektronik KF-21B akan mengiringi pesawat-pesawat sekutu semasa misi dengan tugasan utamanya adalah menganggu sistem pertahanan darat pihak musuh menggunakan teknologi jamming, sebagaimana yang dilakukan oleh pesawat peperangan elektronik yang lain seperti EA-18G Growler milik Tentera Laut Amerika Syarikat.
KF-21
KF-21 “Boramae”

 

Selain itu, terdapat juga kemungkinan pesawat peperangan elektronik KF-21B yang dibangunkan oleh Korea Selatan itu juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-radiasi seperti AARGM-ER bagi membolehkannya menjalankan operasi dan misi SEAD (Suppression of Enemy Air Defences).
Sementara itu, bagi varian KF-21EX pula dibangunkan khususnya untuk menjadikan KF-21 itu sebagai pesawat pejuang generasi kelima.
Varian pesawat pejuang generasi kelima KF-21EX itu akan dilengkapi dengan Internal Weapon Bay (IWB) bagi mengurangkan lagi Radar Cross Section (RCS) bertujuan untuk menjadikan pesawat pejuang itu lebih halimunan dan sukar dikesan oleh radar-radar musuh.
Pengurangan RCS itu dicapai dengan melengkapkan pesawat pejuang itu dengan IWB yang akan menempatkan senjatanya dibawanya di dalam badan pesawat sebagaimana dilakukan oleh pesawat-pesawat generasi kelima yang lain seperti F-35 dan F-22.
Sebagai contohnya, varian pesawat pejuang generasi kelima KF-21EX itu akan membawa empat buah peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor” atau lapan peluru udara-ke-darat bersaiz kecil di dalam IWB milik pesawat pejuang Korea Selatan itu.
Selain itu, laporan daripada Korea Selatan juga menyatakan bahawa pesawat pejuang KF-21 “Boramae” juga sedang dibangunkan untuk memainkan peranan penting sebagai Next Air Combat System (NACS).
KF-21
KF-21 “Boramae”

 

NACS adalah jaringan masa depan bertujuan menggabungkan kemampuan daripada pesawat-pesawat tanpa pemandu dan data link daripada satelit-satelit. 
Kemampuan NACS itu yang sedang dibangunkan akan menaiktaraf pesawat pejuang KF-21 kepada pesawat pejuang generasi 5.5 menghampiri pesawat pejuang generasi 6 yang diidamkan oleh pelbagai negara termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.
Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF) juga dilaporkan sedang berusaha untuk membesarkan lagi saiz pesawat pejuang KF-21 sebagaimana dilakukan oleh pesawat-pesawat legacy F/A-18 Hornet kepada F/A-18 Super Hornet dan F-15 Eagle kepada F-15 Strike Eagle.
Usaha itu akan menyaksikan pesawat pejuang KF-21 asal itu akan dibesarkan sebanyak “beberapa puluh peratus” sebagaimana yang dilakukan terhadap pesawat-pesawat pejuang Super Hornet dan Strike Eagle.
Sementara itu varian ketiga pesawat pejuang KF-21 adalah yang khusus dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan eksport dan dinamakan “KF-21SA”.
FA-50
Radar AESA yang dibangunkan oleh Hanwha Systems untuk pesawat KF-21 “Boramae.”

 

Walaupun ia akan menyamai varian yang dimiliki oleh ROKAF tetapi pelanggan-pelanggannya akan dibenarkan untuk melengkapkan pesawat pejuang mereka itu dengan sistem persenjataan dan sistem penderia serta elektronik mengikut pilihan mereka sendiri.
Korea Selatan dijangka akan memulakan produksi besar-besaran pesawat KF-21 itu pada pada tahun ini dan tahun dengan pembuatan 40 buah pesawat pejuang itu untuk ROKAF.
Dilancarkan pada 2015, program pembangunan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” terbabit dianggar melibatkan kos US$6.59 bilion (RM26.36 bilion).
Korea Aerospace Industries (KAI) merancang untuk membekalkan 40 pesawat KF-21 Block 1 yang direka bentuk untuk misi udara-ke-udara pada 2026, disusuli 80 pesawat KF-21 Block 2 untuk misi udara-ke-darat pada fasa berikutnya.
KAI dilaporkan akan berbelanja sebanyak US$178 juta (RM800 juta) untuk mula membina 40 buah pesawat KF-21 “Boramae” itu.
KF-21
KF-21 “Boramae”

 

Gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu turut dilaporkan berhasrat untuk memulakan eksport pesawat pejuang KF-21 “Borame” kepada pelanggan berminat selepas memenuhi keperluan Tentera Udara Republik Korea (ROKAF).
“Pembinaan secara besar-besaran (mass production) pertama pesawat KF-21 Boramae itu dijangkakan akan mengisi vakuum kekuasaan yang ditinggalkan apabila Tentera Udara Korea Selatan menamatkan pesawat-pesawat pejuang yang telah berusia,” menurut menteri pertahanan negara itu dalam satu kenyataan Disember lalu.
Menurut KAI, fasa kejuruteraan dan pembinaan pesawat pejuang  KF-21 itu akan akan selesai pada 2026.
Media negara itu, Korea Times menjangkakan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” yang pertama dijangka akan dioperasikan oleh ROKAF pada separuh tahun 2026.
ROKAF bercadang mengoperasikan sehingga 120 buah pesawat pejuang KF-21 “Boramae” menjelang tahun 2032 untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang berusianya, F-4 “Phantom” dan F-5 yang masih digunakan oleh tentera udara negara itu. — DSA

Comments
Loading...