Kapal Destroyer “Termahal Dunia” USS Zumwalt Dapat Peluru Berpandu Hypersonik
Tentera Laut Amerika Syarikat pada mulanya merancang untuk membina sebanyak 32 buah kapal destroyer kelas-Zumwalt, tetapi disebabkan kos pembinaan sebuah kapal yang melambung tinggi sehingga mencecah US$4.5 (RM20.25 bilion), maka Amerika Syarikat mengurangkan perolehan kapal destroyer canggih itu kepada hanya tiga buah.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun mula dibina pada 2011 dan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Amerika Syarikat pada 2016, namun kapal destroyer termahal serta terberat dunia “USS Zumwalt” (DDG-1000) masih disifatkan “belum siap sepenuhnya” malah seringkali keluar-masuk limbungan kapal untuk kerja-kerja pembaikan.
Bernilai US$4.5 bilion (RM20.25) billion, setiap tiga buah kapal destroyer kelas-Zumwalt adalah kapal perang destroyer terberat dunia dengan berat mencecah 15,500 tan.
Tentera Laut Amerika Syarikat pada mulanya merancang untuk membina sebanyak 32 buah kapal destroyer kelas-Zumwalt tetapi disebabkan kos yang melambung tinggi, bilangan kapal itu dikurangkan kepada hanya tiga buah.

Kapal pertama, USS Zumwalt ditauliah pada 2016,kapal kedua USS Michael Monsoor ditauliahkan pada 2019 dan kapal ketiga, USS Lyndon B.Johnson masih menjalani ujian di lautan.
Kini selepas hampir tujuh tahun ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal pertama kelas-Zumwalt iaitu USS Zumwalt telah dikerah sekali lagi memasuki limbungan kapal untuk lebih banyak kerja.
Cuma kali ini, ia akan melibat pemasangan peluru berpandu hypersonic di kapal destroyer itu, menurut kenyataan Jabatan Pertahanan negara itu.
Kerja-kerja pemasangan peluru berpandu hypersonik itu akan mengakibatkan kapal destroyer itu “tersadai” lagi di limbungan kapal sekurang-kurangnya sehingga tahun 2025, manakala dua lagi tahun diperlukan untuk kerja-kerja ujian selepas pemasangan.
Kapal destroyer termahal dunia itu akan hanya berada di lautan untuk operasi selepas tahun 2027.
Peluru berpandu hypersonik itu akan menggantikan sistem meriam 155mm Advanced Gun System (AGS) yang pada mulanya dirancang untuk melengkapkan kapal perang itu.

Setiap tiga buah kapal destroyer kelas-Zumwalt itu dipasang dengan empat tiub 87 inci peluru berpandu itu, dengan setiap tiub dilengkapi dengan tiba butir peluru berpandu hypersonik dipanggil “Common Hypersonic Glide Bodies” (C-HGB).



Comments are closed.