Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Yak-130 “Mitten” Intai Peluang Jadi Keluarga TUDM

Pesawat FLIT/LCA Yak-130 Mitten ini adalah pesawat yang terbukti, "proven" dan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dengan beberapa buah negara seperti Russia, Algeria, Belarus, Bangladesh dan tiga negara rantau Asia Tenggara itu yang menggunakan pesawat itu untuk melatih juruterbang kombat mereka.

0 10,550

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan tiga buah negara di rantau Asia Tenggara telah pun memilih pesawat Yakovlev Yak-130 “Mitten” sebagai pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA), adalah hampir pasti bahawa syarikat pembuat pesawat Russia itu turut berharap Malaysia akan menurut jejak langkah tiga buah negara serantau itu.

Syarikat Yakovlev Design Bureau sememangnya menaruh harapan bahawa pesawat Yak-130 Mitten itu akan menjadi pilihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk program perolehan pesawat FLIT/LCA.

Pesawat FLIT/LCA Yak-130 Mitten ini adalah pesawat yang terbukti, “proven” dan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dengan beberapa buah negara seperti Russia, Algeria, Belarus, Bangladesh dan tiga negara rantau Asia Tenggara itu yang menggunakan pesawat itu untuk melatih juruterbang kombat mereka.

Pesawat Yak-130 Mitten itu adalah pesawat yang telah terbukti keberkesanannya, berbanding beberapa pesawat lain di dalam saingan tender TUDM yang antaranya tidak pernah lagi mencipta kejayaan di pasaran eksport dan mahu menjadikan Malaysia sebagai negara ujikaji terhadap keberkesanan pesawat keluaran mereka.

 Walaupun kita mungkin menjangkakan FA-50 Block 20 keluaran Korea Aerospace Industries (KAI) mungkin adalah frontrunner untuk memenangi tender FLIT/LCA  TUDM, tetapi kita tidak dapat menolak kekuatan pesawat-pesawat lain.

Yak-130
Dua buah pesawat Yak-130 Tentera Udara Bangladesh.

 

Ok hari ini kita nak tengok pesawat Yakovlev YAK-130 yang dikatakan adalah antara pesawat latihan (FLIT) terbaik di dunia ketika ini, sebagaiman yang didakwa oleh pemerhati-pemerhati aeroangkasa antarabangsa.

Vietnam menjadi negara di antara negara terbaharu memilih YAK-130 sebagai pesawat latihannya apabila negara Asia Tenggara yang semakin pesat membangun itu telah membelanjakan US$350 juta (RM1.4 bilion) untuk mendapatkan 12 buah pesawat latihan lanjutan itu.

Selepas Vietnam, Laos pula memutuskan untuk membeli sebanyak 10 buah pesawat Yak-130 dalam kontrak termasuk alat ganti dan latihan yang dianggarakan bernilai US$300 juta (RM1.2 bilion), mengikuti jejak Myanmar pada 2015 yang memesan di antara 10 hingga 12 pesawat latihan Yak-130 buatan Russia itu.

Yak-130

Walaupun tidak terkenal sepertimana pesawat pejuang Sukhoi SU-35, MiG-35 atau SU-57, tetapi YAK-130 adalah satu lagi keluaran industri pertahanan Russia yang tetap menarik perhatrian NATO.

YAK-130 adalah pesawat FLIT/LCA subsonic yang memberikan peluang kepada juruterbang pelatih untuk menguasai teknologi dalam menerbangkan pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4 dan ke-5.

Bagi pesawat pejuang ringan, YAK-130 boleh membawa pelbagai senjata moden sama ada unguided atau precision guided munitions (PGM) buatan Russia.

Pesawat YAK-130 ini pada mulanya dibangunkan bersama dengan syarikat pembuat pesawat terkenal Itali iaitu Aermacchi, tetapi akhirnya kerjasama antara dua syarikat aeroangkasa ternama itu dihentikan dengan Yakovlev Design Bureau bertindak sendirian dengan membangunkan YAK-130 manakala Aermacchi pula mengambil keputusan untuk membina pesawat latihan M-346 yang turut bersaing dalam tender TUDM itu.

YAK-130 dan Leonardo M-346 ini boleh dikira sebagai “adik-beradik”.

Pada tahun 2000, YAK-130 dipilih sebagai pesawat latihan tentera udara Russia menewaskan pesaing utama iaitu MiG-AT dengan tempahan sebanyak 130 buah pesawat.

So jika YAK-130 cukup baik untuk melatih juruterbang pesawat pejuang Russia, sudah tentu ia cukup berkemampuan untuk melatih bakal-bakal juruterbang TUDM.

Selain itu, pesawat latihan buatan syarikat Russia itu turut dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 9 hardpoints untuk membawa pelbagai bom dan peluru berpandu sehingga mencecah berat 3 tan untuk melaksanakan misi-misi pesawat pejuang ringan.

YAK-130 juga dilengkapi dengan Head-Up Display, Helmet Mounted Sighting System dengan receiver GPS serta GLONASS, manakala dengan internal fuel tanks mampu membawa pesawat sehingga jarak operasi sejauh 2,100 km.

Yak-130

Cuma persoalan bagi kita adalah, jika kita bercadang mendapatkan pesawat pejuang gen-5 kelak buatan negara-negara barat, maka adakah sesuai untuk kita mendapatkan pesawat latihan buatan Russia yang memiliki sistem avionik yang berlainan?

Mungkin tiada masalah untuk juruterbang adapt and transition daripada pesawat Russia ke pesawat pejuang Barat, tetapi kena tempoh peralihan.

Pengguna-pengguna YAK-130 seperti Vietnam, Bangladesh, Laos, Algeria dan Myanmar, pesawat-pesawat pejuang utama mereka adalah buatan Russia.

Adakah isu ini akan diambilkira oleh Kementerian Pertahanan dan TUDM, sama-samalah kita nantikan.

Yak-130

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...