Eksesais Wira Helo Ganding EC 725 AP, AW139 Dan Kapal TLDM
Latihan ini dijayakan dengan kerjasama kapal TLDM dengan penglibatan kapal KD LEKIU dan dilaksanakan pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan latihan bersepadu dalam Eksesais Wira Helo Siri 6/22.
Eksesais yang telah diadakan pada pada 29 Jun 22 melibatkan penglibatan aset helikopter EC 725 AP dan AW 139.
Latihan ini dijayakan dengan kerjasama kapal TLDM dengan penglibatan kapal KD LEKIU dan dilaksanakan pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor.
Helikopter EC 725 AP dan AW 139 telah membuat eksesais “Deck Landing Training” (DLT), “High Line Transfer” (HLT) di atas kapal KD LEKIU serta “photo interpreter” bagi tujuan tinjauan.
Melalui latihan sebegini, ia dapat menambahkan lagi pemahaman anak kapal aset-aset terlibat termasuk anggota TLDM khususnya dalam membantu proses menyelamat menggunakan helikopter sekiranya terdapat kecederaan di atas kapal milik TLDM.
— maklumat dan gambar oleh Tentera Udara Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
— DSA
Comments are closed.