Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] USS Gerald R.Ford VS 40,000 Pound Bahan Letupan

Ujian FSTT ini melibatkan letupan oleh 40,000 pound bahan letupan bawah permukaan air (underwater) berdekatan dengan USS Gerald R.Ford untuk melihat sama ada rekabantuk dan sistem kapal itu terus berfungsi ketika berhadapan dengan tekanan yang amat kuat berpunca daripada letupan itu.

0 1,205

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, pihak tentera laut Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia telah selesai melakukan ujian “Full Ship Shock Trials” (FSTT) yang kedua terhadap kapal pengangkut pesawat terbarunya, USS Gerald R. Ford (CVN-78) yang telah dibina dengan kos sebanyak US$13.3 bilion (RM55.86 bilion).

Ujian FSTT ini melibatkan letupan oleh 40,000 pound bahan letupan bawah permukaan air (underwater) berdekatan dengan USS Gerald R.Ford untuk melihat sama ada rekabentuk dan  sistem kapal itu terus berfungsi ketika berhadapan dengan tekanan yang amat kuat berpunca daripada letupan itu.

Menurut United States Geological Survey (USGS), pihak mereka telah mengesan gegaran 3.9 pada skala Richter di luar pantai Florida yang berpunca daripada letupan hasil ujian FSTT itu. Skala Richter ini adalah skala yang digunakan untuk mengukur kekuatan gempa bumi.

Kapal pengangkut pesawat terbaru Amerika Syarikat itu perlu melalui tiga ujian FSTT, dengan yang pertama telah pun dilaksanakan pada 18 Jun lepas manakala ujian FSTT yang ketiga dan terakhir bakal berlangsung pada akhir bulan ini.

Admin sertakan video ujian FSTT yang pertama dimana 40,000 pound bahan letupan diletupkan berhampiran kapal pengangkut USS Gerald R. Ford.

 

Kapal pengangkut pesawat itu perlu melalui ujian FSTT sebelum ia beroperasi untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

USS Gerald R.Ford ini adalah kapal pengangkut pertama (leadship) daripada empat buah kapal pengangkut pesawat kelas Gerald R.Ford yang sedang dibina pada ketika ini.

Tiga buah kapal pengangkut kelas Gerald R. Ford yang sedang dibina pada ketika ini adalah John F.Kennedy (CVN-79), Enterprise (CVN-80) dan Dorris Miller (CVN-81).

USS Gerald R. Ford ini mula dibina pada 2013 dan telah diserahkan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2017 serta ditauliahkan secara rasmi pada Julai 2021.

Kapal pengangkut pesawat ini dijangka dikerah untuk beroperasi pada 2023 dan 2024.

Pada ketika ini, Tentera Laut Amerika Syarikat keseluruhannya memiliki 11 buah kapal pengangkut pesawat terdiri daripada 10 buah kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz dan sebuah kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald Ford.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...