Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Bantu Pertingkat Sistem Pertahanan Udara Syria

Sebuah akhbar Arab “Asharg Al-Aswat” berkata Russia telah “hilang sabar” dengan serangan udara berterusan Israel terhadap Syria, yang mensasarkan kedudukan kumpulan-kumpulan militan yang disokong oleh Iran.

0 1,618

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dikatakan telah membantu Syria menaiktaraf sistem pertahanan udaranya dengan bekalan peluru-peluru berpandu canggih serta pengetahuan dalam usaha menolong Damsyik menangani serangan udara Israel yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Sebuah akhbar Arab “Asharg Al-Aswat” berkata Russia telah “hilang sabar” dengan serangan udara berterusan Israel terhadap Syria, yang mensasarkan kedudukan kumpulan-kumpulan militan yang disokong oleh Iran.

Moscow menurut akhbar itu,  mendapat maklumbalas bahawa Amerika Syarikat juga tidak bersetuju dengan serangan-serangan udara yang dilancarkan oleh Israel itu.

Untuk membantu sistem pertahanan udara Syria menangani serangan udara oleh Israel, Russia akan membekalkan rejim Bashar al-Assad itu dengan peluru berpandu pertahanan udara yang lebih canggih serta pengetahuan untuk mengoperasikannya serta taktik.

Moscow menurut akhbar itu, berharap bekalan peluru berpandu canggih dan pengetahuan akan membantu tentera Syria menembak jatuh peluru-peluru berpandu serta pesawat-pesawat Israel yang terlibat dalam serangan udara itu.

Beberapa hari lepas, media-media di Syria melaporkan bahawa pesawat-pesawat pejuang Israel telah melancarkan dua siri serangan udara di negara itu,tetapi ia berjaya dipatahkan sebagaimana didakwa oleh pihak di Damsyik.

Media-media Russia pula mendakwa dalam serangan udara terbaru Israel terhadap Homs pada Khamis, keempat-empat peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang negara itu telah berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Syria yang telah dipertingkatkan kemampuannya.

Keempat-empat peluru berpandu yang dilancarkan oleh dua pesawat pejuang Israel daripada ruang udara Lubnan ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara “Buk-M2E” yang dibekalkan oleh tentera Russia.

Pantsir
Sistem pertahanan udara “Pantsir”.

 

Dalam satu lagi serangan udara oleh Israel terhadap Aleppo pula pada Selasa, empat pejuang negara itu telah melancarkan serangan terhadap sebuah pusat penyelidikan yang terletak di pekan Safira.

Tujuh daripada lapan peluru berpandu yang dilancarkan pesawat-pesawat pejuang Israel itu telah berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara “Buk-M2E” serta sistem “Pantsir”, menurut seorang pegawai kanan tentera Russia Rear Admiral Vadim Kulit.

Menurut pegawai kanan tentera Russia itu, serangan udara pada Selasa itu menyaksikan pesawat-pesawat Israel itu menembusi ruang udara Syria menerusi kawasan At-Tanf di sempadan Jordan yang dikawal selia oleh tentera Amerika Syarikat.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...