Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kapal Selam Kuasa Nuklear British, “HMS Artful” Di S’pura Menuju Ke Laut China Selatan

Kapal selam berkuasa nuklear itu, merupakan salah sebuah daripada kapal pengiring kepada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) dan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth yang dipercayai bakal memasuki Selat Melaka pada bila-bila masa.

0 7,425

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Astute Tentera Laut British, “HMS Artful” membuat kemunculan dengan dengan berlayar pada permukaan di perairan Singapura hari ini.

Kapal selam berkuasa nuklear itu, merupakan salah sebuah daripada kapal pengiring kepada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) dan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth yang dipercayai bakal memasuki Selat Melaka pada bila-bila masa.

Akaun Twitter@OlliSuorsa memaparkan gambar kapal selam Tentera Laut British yang dilengkapi dengan persenjataan torpedo berat dan peluru berpandu kruis “Tomahawk” itu belayar pada permukaan (surfaced) di perairan republic itu.

Sebagaimana kapal destroyer Tentera Laut British Type 45 kelas-Daring, “HMS Defender” turut belayar di Selat Singapura itu semalam, tetapi tidak singgah di mana-mana pelabuhan di republik itu, sebaliknya, sebalik ia terus menuju ke Laut China Selatan.

Hanya kapal oiler replenishment “RFA Tidespring”yang juga dikesan berada di perairan Singapura, telah singgah di Sembawang untuk resupply.

Nampaknya, dua buah aset daripada CSG21 telah pun memasuki Laut China Selatan pada ketika ini menanti rombongan besar yang diketuai oleh HMS Queen Elizabeth.

Selain membawa bersama kira-kira 10 buah kapal pengiringnya terdiri daripada kapal-kapal daripada beberapa negara termasuk Belanda dan Amerika Syarikat, HMS Queen Elizabeth turut menempatkan kira-kira 30 buah pesawat pejuang F-35B Lightning milik pasukan Marines Amerika Syarikat.

Pada ketika ini, China belum membuat apa-apa kenyataan tentang kehadiran kapal-kapal perang British di Laut China Selatan yang sebahagian besar didakwa sebagai miliknya.

Bagaimanapun, imej-imej satelit oleh peminat Open Source Intelligence (OSINT) mendakwa China telah mengerah kapal pengangkut pesawatnya, “Shandong” keluar daripada pangkalannya di Pulau Hainan menuju ke Laut China Selatan.

Duan Dang
kredit @duandang

 

Kehadiran kapal pengangkut pesawat China itu, turut diiringi dengan kapal-kapal friget dan destroyer serta kapal-kapal selam berkuasa nuklearnya.

Adakah kerahan “Shandong” ini merupakan suatu reaksi balas China terhadap kehadiran kapal-kapal perang British di Laut China Selatan?

Adakah rombongan HMS Queen Elizabeth bakal bertembung dengan rombongan Shandong di Laut China Selatan?

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...