Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Bakal Terima 16 Dron Berkuasa Tinggi Untuk Tugas Di Sempadan

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata operasi dron yang mampu terbang selama 4 jam tersebut diletakkan dibawah Pasukan Gerakan Udara (PGU).

0 1,199

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima sebanyak 16 buah dron berkuasa tinggi yang diluluskan oleh kerajaan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dalam usaha pihak berkuasa untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sempadan seluruh negara terutamanya yang tidak berpagar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata operasi dron yang mampu terbang selama 4 jam tersebut diletakkan dibawah Pasukan Gerakan Udara (PGU).

“Sebanyak RM48 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan menerusi RMK-12 RP1 (Rolling Plan 1) melalui proses tender oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi perolehan dron ini.

“Kita harap dengan adanya dron ini boleh membantu meningkatkan operasi dan tahap keselamatan di kawasan sempadan terutama yang tidak berpagar, bagi mengekang aktiviti jenayah,” katanya kepada pemberita di Perlis hari ini.

Mazlan berkata, kawasan sempadan tidak berpagar itu adalah sejauh 44.55 kilometer yang digunakan oleh penyeludup melalui lorong-lorong tikus.

Dron
Gambar kredit Unit Dron PDRM

 

Sementara itu, beliau juga berkata, anggota risik yang bertugas di kawasan sempadan akan dilengkapi dengan inner bullet proof vest bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada mereka.

Katanya, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk mendapatkan 1,000 inner bullet vest itu.

Timbalan Ketua Polis Negara itu juga mengarahkan supaya anggota risik polis supaya terus tingkatkan tahap operasi di kawasan sempadan bagi memperoleh maklumat penting.

“Kumpulan risik kena kuat, jadi kita nak kekang aktiviti jenayah di sempadan,” katanya.

Bullet proof
Inner bullet proof vest. (gambar hiasan)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...