Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Insiden Tembak M4ti Anggota Hezbollah Cetus Ketegangan Di Lubnan

Rakaman pembunuhan anggota Hezbollah itu yang dikenali dengan nama, “Ali Shibli” telah pun tersebar di media-media sosial Lubnan.

0 1,582

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Keadaan di Lubnan pada ketika ini berada di dalam keadaan tegang selepas seorang anggota militan Syiah Hezbollah ditembak mati dipercayai oleh Arab Sunni ketika mangsa menghadiri majlis perkahwinan di bandar Jiyeh, yang terletak di selatan ibu negara, Beirut.

Rakaman pembunuhan anggota Hezbollah itu yang dikenali dengan nama, “Ali Shibli” telah pun tersebar di media-media sosial Lubnan.

Sebagaimana yang dipaparkan dalam rakaman kejadian tragis itu, ketika mangsa (memakai baju belang) sedang berjalan beliau telah didatangi oleh seorang lelaki yang terus melepaskan beberapa das tembakan terhadapnya.

Selepas melepaskan tembakan, penyerang telah melarikan diri sambil dikejar oleh bebeberapa orang. Mangsa merupakan anggota Hezbollah dan pernah bertugas di Bint Jbeil ketika konflik Israel-Lubnan pada 2006.

Rakaman kejadian tragik itu ada admin sertakan di bawah. (minta maaf jika rakaman agak ganas)

Menurut maklumat media tempatan, pembunuhan itu dipercayai bermotifkan balas dendam berhubung tindakan “Ali Shibli” menembak mati adik kepada penyerang yang pada ketika itu hanya berusia 14 tahun dihadapan ibunya. (rakaman kedua di atas)

Kejadian dipercayai berpunca daripada tradisi balas dendam yang cukup menebal di kalangan masyarakat Arab.

Penyerang dikenalpasti sebagai “Ahmed Zaher Ghosn”, yang dipercayai menembak mati “Ali Shibli”  untuk membalas dendam keatas pembunuhan adiknya, “Hassan Ghosn” setahun lepas di penempatan Arab Sunni bernama Khaldeh, di Beirut.

Shibli
Ali Shibli (gambar Twitter)

 

Menurut media tempatan,  Ahmed Zaher telah pun menyerah diri kepada pihak polis.

Pihak keselamatan Lubnan juga dikatakan telah memperketatkan kawalan keselamatan di penempatan Arab Sunni, Khalde itu bagi mengelak sebarang tindakan balas dendam oleh mereka yang marah dengan pembunuhan anggota Hezbollah itu.

Hubungan di antara penduduk Sunni dan Syiah di Lubnan terutamanya di Beirut juga dikatakan tegang akibat insiden pembunuhan Ali Shibli itu.

Shibli
Ahmed Zaher Ghosn yang dikatakan menembak mati Ali Shibli pada satu majlis perkahwinan di Jiyeh, Beirut semalam.

Sementara itu keluarga Ali Shibli dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan mengambil mayat anggota Hezbollah itu sehinggalah lelaki yang bertanggungjawab terhadap insiden itu tidak “dikebumikan.” (maksudnya – ia mahu pembunuh Ali Shibli itu mati terlebih dahulu).

Ia juga menyatakan tidak akan menerima sebarang ucapan takziah atau menggali kubur untuk mengebumikan Ali Shibli selagi mereka tidak membalas dendam.

Shibli
Hassan Ghosn,14 tahun maut akibat ditembak tahun lepas. Beliau merupakan adik kepada Ahmed Zaher yang didakwa bertanggungjawab menembak mati Ali Shibli.

 

Sementara itu keluarga Ahmed Zaher juga dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan insiden semalam itu adalah suatu balas dendam, tetapi menganggap tindakan balas dendam (yang bermula dengan pembunuhan budak 14 tahun itu) itu telah selesai selepas kematian Ali Shibli itu semalam.

Mereka tidak mahu melanjutkan persengketaan, selagi keluarga Ali Shibli tidak memulakannya.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...