Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] HMS Queen Elizabeth Bernilai RM15.98 Bilion Mulakan Pelayaran Ke Rantau Indo-Pasifik

Sebelum ke Indo-Pasifik, kapal pengangkut pesawat termoden Eropah yang akan mengetuai UK Carrier Strike Group (CSG) dan dianggarkan bernilai Pound Sterling 3 bilion (RM15.98 billion) akan ke perairan Scotland terlebih dahulu untuk menjalani latihan.

3,407

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam pada 1 Mei, kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth meninggalkan pangkalannya di Portsmouth untuk memulakan pelayaran merangkap latihan ke rantau Indo-Pasifik pada julung-julung kalinya yang memakan masa 28 minggu dan 28,000 batu nautika.

Sebelum ke Indo-Pasifik, kapal pengangkut pesawat termoden Eropah yang akan mengetuai UK Carrier Strike Group (CSG) dan dianggarkan bernilai Pound Sterling 3 bilion (RM15.98 billion) akan ke perairan Scotland terlebih dahulu untuk menjalani latihan.

“Kerahan HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya akan membawa kami ke Mediterranean, Timur Tengah sebelum kami akan beroperasi bersama-sama negara sahabat di Indo-Pasifik untuk menunjukkan bahawa Royal Navy berniat untuk kekal aktif di pentas antarabangsa dan beroperasi di mana sahaja, “ menurut Commodore Stephen Moorhouse.

Ketika di Laut Mediterranean, HMS Queen Elizabeth akan mengadakan “dual carrier operations” dengan kapal pengangkut pesawat Perancis, Charles de Gaulle.

Sementara itu ketika berada di rantau Asia Tenggara, HMS Queen Elizabeth dan Carrier Strike Group UK akan terlibat dalam Eksesais Bersama Lima dengan negara-negara anggota Five Power Defence Arrangement (FPDA) yang lain.

 

Selain UK, negara-negara anggota FPDA yang lain adalah Malaysia, Singapura, Australia dan New Zealand.

Ketika memulakan pelayarannya ke Indo-Pasifik,  ribuan penduduk berbaris di tepi pantai untuk melambai kepada HMS Queen Elizabeth.

Keseluruhannya, sebanyak Sembilan buah kapal perang akan terlibat dalam pelayaran Carrier Strike Group UK ke Indo-Pasifik.

Sementara itu Hampshire pula, dua buah kapal  destroyer Type 45 iaitu HMS Diamond dan HMS Defender meninggalkan pangkalan mereka untuk turut sama menyertai Carrier Strike Group UK yang diketuai oleh HMS Queen Elizabeth itu.

Selain itu, dua buah kapal friget Type 23 anti-submarine warfare HMS Kent dan HMS Richmond serta dua buah kapal bantuan, RFA Fort Victoria dan RFA Tidespring akan menyertai pelayaran ke Indo-Pasifik itu.

HMS Defender
HMS Defender

 

Sebuah kapal selam British kelas-“Astute” berkuasa nuklear dan berkemampuan menembak peluru berpandu kruis “Tomahawk” juga akan turut serta.

Mereka akan turut disertai oleh kapal-kapal perang yang lain termasuk kapal destroyer kelas-Arleigh Burke USS The Sullivans dan kapal friget Tentera Laut Belanda HNLMS Evertsen.

Diatas dek kapal HMS Queen Elizabeth, terdapat lapan buah pesawat pejuang F-35B Lightning, empat buah helikopter penyerang maritim Wildcat, tujuh buah helikopter ASW Merlin Mk2 dan tiga buah helikopter Merlin Mk4.

Kapal pengangkut pesawat itu turut membawa anggota komando tentera British.

HMS Queen Elizabeth juga akan membawa sebuah skuadron 10 buah pesawat F-35B milik Kor Marine Amerika Syarikat.

Sementara itu wakil tentera Amerika Syarikat Kolonel Simon Doran berkata, pelayaran ke rantau Indo-Pasifik itu telah dirancang sejak 10 tahun yang lalu.

“(Kerahan) itu akan menghantar mesej kepada bakal musuh tetapi juga kepada rakan-rakan kami sekiranya diperlukan, kami ada berada (bersama-sama mereka). Kita belayar bersama dan berperang bersama, ia amat membantu dalam mengukuhkan hubungan kami,” kata beliau.

Astute
Kapal selam kelas-Astute

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.