Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Eksesais Gerak Pantas” Briged Para Fokus Operasi Belakang Garisan Musuh

Fokus utama eksesais kali adalah pengguguran anggota Para di belakang garisan musuh. (behind enemy lines)

0 2,059

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selama 10 hari bermula daripada 18 hingga 28 Oktober, anggota-anggota 10 Briged Para telah melaksanakan Eksesais Gerak Pantas Siri 25/2021 di kawasan am pantai timur.

Tujuan eksesais adalah untuk menilai tahap kompetensi dan kesiapsiagaan anggota daripada peringkat Pre-Deployment Training, aturgerak Operasi Paracut daripada Pangkalan Pelancar dan seterusnya Ground Tactical Manoeuvre.

Fokus utama eksesais kali adalah pengguguran anggota Para di belakang garisan musuh.

“Tumpuan eksesais kali ini, melihatkan aturgerak anggota 10 Briged Para apabila digugurkan di belakang garisan musuh (behind enemy lines) yang melibatkan penyusupan taktikal Tim Tinjau Pandura (Para).”

“Ia juga melibatkan penerjunan tempur static serta guguran Container Delivery System dan Heavy Equipment,” menurut kenyataan daripada Tentera Darat menerusi akaun laman sosialnya hari ini.

Briged Para
Anggota 10 Briged Para ketika Eksesais Gerak Pantas. (kredit Tentera Darat).

 

Dalam eksesais terbabit, ketumbukan anggota-anggota Para itu turut diaturgerakkan secara Tactical Air Landed Operation (TALO) dengan melibatkan aturgerak Trup, Kenderaan Tentera dan Aset Persenjataan sepanjang Eksesais berlangsung. I

“Ianya juga bertujuan menilai tahap kesiagaan operasi Leading Para Battle Group (LPBG) dan Follow Up Para Battle Group (FUPBG) benar-benar berada di tahap tertinggi untuk di aturgerakkan pada bila-bila masa dan di mana jua.”

Kompetensi dan kesiagaan adalah antara lain yang ditekankan oleh Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para) semasa After Action Review (AAR) pada penghujung eksesais.

Admin pasti selepas apa yang berlaku pada Ogos lepas, segala tindak-tanduk dan aktiviti 10 Briged Para kini menjadi perhatian beberapa pihak yang mudah “sentap” di seberang tambak.

Pada Ogos, sebuah video yang dikeluarkan oleh Markas 10 Briged (Para) di dalam media sosial telah “mengegarkan” seluruh Singapura sehinggakan ia turut menjadi topik perbincangan oleh media-media serta netizen republik itu.

Briged Para

Video yang memaparkan taklimat oleh Panglima 10 Bgd Para Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal itu turut menarik perhatian pemimpin kanan Singapura iaitu Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam.

Video yang menarik perhatian rakan-rakan kita diseberang Tambak itu memaparkan Panglima 10 Briged Para menyampaikan taklimat (CONOP) Eksesais (Eks) Para Predator Siri 1/21 oleh kepada semua Pegawai Memerintah/Pemerintah serta pegawai dan anggota yang akan terlibat dengan Eksesais tersebut.

Eks Para Predator itu berlangsung pada minggu terakhir bulan Ogos 2021 sehingga minggu pertama September 2021.

Briged Para

Briged Para
Kredit Tentera Darat

 

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...