Varian Gripen-E, Pesawat Pejuang “Non-Stealth” Terbaik Dunia?
Disebabkan kecanggihannya, pemerhati mengatakan varian pesawat Gripen-E merupakan pesawat MRCA bukan halimunan (non-stealth) yang terbaik di dalam kelasnya, satu pencapaian membanggakan untuk Saab Group dan negara Sweden yang hanya mempunyai 10 juta orang penduduk.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, pesawat pejuang “Gripen-E” merupakan varian pesawat keluaran syarikat Sweden, Saab Group yang paling moden dan paling berkeupayaan berbanding varian terdahulu iaitu A/B atau C/D.
Disebabkan kecanggihannya, pemerhati mengatakan varian pesawat Gripen-E merupakan pesawat MRCA bukan halimunan (non-stealth) yang terbaik di dalam kelasnya, satu pencapaian membanggakan untuk Saab Group dan negara Sweden yang hanya mempunyai 10 juta orang penduduk.
Pada ketika ini, hanya Tentera Udara Brazil dan Tentera Udara Sweden yang menggunakan varian pesawat “Gripen-E” yang bersaing di pasaran pesawat pejuang dengan satu lagi pesawat halimunan, F-35.
Brazil memesan sejumlah 36 pesawat pejuang 36 Gripen E/F (versi E untuk satu duduk, versi F untuk dua tempat duduk) dengan empat buah pesawat Gripen terbaru itu telah pun dipasang di kemudahan Saab di Sao, Paulo Brazil untuk diserahkan kepada tentera udara negara itu.
Brazil telah pun menerima pesawat Gripen-E beberapa bulan lepas.

Pesawat Gripen juga dikatakan menyertai tender Kementerian Pertahanaan untuk mendapatkan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Saab Group juga bekerjasama dengan rakan tempatan bagi memastikan ia berada di hadapan dalam persaingan di Malaysia.
Pemenang tender FLIT/LCA Malaysia ini dijangka diumumkan pada tahun ini, jika tiada halangan.

Dirantau Asia Tenggara, hanya Thailand mengguanakan pesawat Gripen manakala Saab Group juga cuba mempromosikan pesawat pejuang itu kepada Filipina.
Pesawat prototaip pertama Gripen-E melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 2017 dan hanya empat tahun selepas itu, pelanggan eksportnya yang pertama iaitu Brazil sudah bersedia untuk menggunakannya.
Comments are closed.