Turki Lupakan F-16 Dan Beralih Kepada Eurofighter Typhoon?
Ankara juga mahu menjadikan pesawat Eurofighter Typhoon sebagai “stop gap measures” sementara pesawat pejuang generasi ke-lima yang sedang dibinanya “T-FX” benar-benar mencapai kemajuan dan operasional.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki dikatakan sedang menimbangkan untuk memperolehi kira-kira 80 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon selepas usahanya untuk mendapatkan 80 “modification kit” pesawat F-16 dan varian pesawat itu yang lebih maju tidak mendapat sebarang respons daripada Amerika Syarikat.
Ankara juga mahu menjadikan pesawat Eurofighter Typhoon sebagai “stop gap measures” sementara pesawat pejuang generasi ke-lima yang sedang dibinanya “T-FX” benar-benar mencapai kemajuan dan operasional.
Walaupun ia adalah negara anggota NATO, tetapi Turki berhadapan masalah untuk membeli “modification kita” dan varian lebih moden pesawat F-16 selepas hubungannya dengan Amerika Syarikat terjejas akibat keputusannya membeli sistem pertahanan udara, S-400 daripada Russia.
Akibat membeli S-400, Turki juga dikeluarkan daripada program pesawat F-35 dan dilarang sama sekali memperolehi pesawat halimunan itu.
Sebelum “diharamkan” daripada memperolehi pesawat F-35, Tentera Udara Turki telah menempah 100 buah pesawat halimunan itu.
Turki adalah antara negara paling banyak menggunakan pesawat F-16 selain Amerika Syarikat tetapi kebanyakkannya sudah berusia dan memerlukan “modification kit” untuk ia dinaiktaraf bagi membolehkan ia meneruskan khidmatnya kepada Tentera Udara Turki.
Ia telah menggunakan pesawat F-16 selama 35 tahun, dengan tentera udaranya memiliki sehingga 270 buah pesawat F-16C/D.
Ankara juga dikatakan mahu memperolehi F-16V yang merupakan varian pesawat pejuang itu yang paling terkini daripada Amerika Syarikat tetapi permohonan Turki mendapat tentangan daripada kongres negara itu.
Tentera Udara Turki dikatakan amat berminat dengan pesawat dua enjin Eurofighter Typhoon itu yang dibina oleh United Kingdom, Itali dan Jerman berikutan radar cross section yang rendah, avionic yang moden, sensor fusion dan kemampuan super-cruise.
Negara Mediterranean itu dikatakan berminat untuk mendapatkan varian terkini pesawat pejuang itu iaitu sama ada Tranche 3A atau 4.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Spekulasi tentang kemungkinan Turki memperolehi Eurofighter Typhoon bertambah kencang apabila Panglima Tentera Udara Turki Hassan Kucukakyuz melakukan lawatan terhadap United Kingdom dan bertemu dengan rakan sejawatannya daripada United Kingdom itu.
Panglima Tentera Udara Turki itu juga telah melawat pangkalan yang menempatkan skuadron Quick Reaction Alert yang mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon, yang merupakan pesawat pejuang generasi 4 +++ dan amat sesuai untuk menggantikan pesawat F-16 sebagai langkah sementara. — DSA
Comments are closed.