Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬”Tayfun SRBM” Pastikan Turkiye Jadi Kuasa Serantau

(VIDEO) Kejayaan ujian pelancaran peluru berpandu jarak dekat "Tayfun SRBM" itu menandakan bahawa proses produksi peluru berpandu balistik jarak dekat secara besar-besaran bakal dilaksanakan tidak lama lagi, mengesahkan negara itu sebagai kuasa serantau dengan kemampuan ketenteraan yang ampuh.

0 8,770

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Turkiye telah beberapa kali melakukan ujian penembakan peluru berpandu balistik jarak dekat (Short Range Ballistic Missile – SRBM) “Tayfun” dibangunkan oleh syarikat pertahanannya, ROKETSAN, mengukuhkan lagi usahanya untuk menjadi kuasa ketenteraan serantau.

Kejayaan ujian pelancaran peluru berpandu jarak dekat “Tayfun SRBM” itu juga menandakan bahawa proses pembinaan peluru berpandu balistik jarak dekat terbabit bakal dilaksanakan secara besar-besaran bakal bermula tidak lama lagi.

Pada Mei lepas, peluru berpandu balistik jarak dekat “Tayfun SRBM” telah menjalani ujian pelancaran di bandar pesisir Laut Hitam, Rize,  namun pihak berkuasa Turkiye tidak memberikan maklumat lanjut mengenainya.

Pada Oktober tahun lepas, ROKETSAN dan pihak berkuasa pertahanan Turkiye telah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat “Tayfun SRBM” buat pertama kali, membedil sasaran sejauh 560km.

Ujian pelancaran itu menjadikan “Tayfun” sebagai peluru berpandu balistik paling jauh jaraknya yang dimiliki oleh Turkiye pada ketika ini.

Syarikat ROKETSAN merancang untuk menambah jarak peluru berpandu balistik “Tayfun SRBM” daripada 560km pada ketika ini kepada kira-kira 1,000km.

Ia akan menjadikan “Tayfun SRBM” sebagai peluru berpandu balistik jarak dekat milik Turkiye yang tidak mematuhi perjanjian Missile Technology Control Regime (MTCR), yang menghendaki negara-negara menandatanganinya tidak mengeksport peluru berpandu atau dron dengan jarak melebihi 300km dan bawa muatan peledak lebih 500kg.

Pada 2017, Turkiye telah mendedahkan peluru berpandu “Bora-1” yang mempunyai jarak sejauh 273km dan kini beroperasi dengan angkatan tentera negara itu.

Presiden negara itu Reccep Tayyep Erdogan dilaporkan berkata sebelum ini bahawa pembangunan peluru berpandu balistik jarak dekat  “Tayfun” merupakan “mesej” kepada negara-negara tertentu yang tidak dinamakannya.

“Sistem pesawat tanpa pemandu kita telah menjadi lagenda,kini kita memiliki peluru berpandu Tayfun pula.Kesemua ini adalah mesej kepada lokasi tertentu dan kita melihatnya dengan gembira,” kata beliau.

Tayfun
Ujian pelancaran “Tayfun” Mei lepas.
Tayfun
Pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat “Tayfun” yang dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN.

 

Dalam satu lagi majlis sebelum ini, Presiden Turkiye juga dilaporkan berkata: “Ketika ini apabila kita mula membina peluru-peluru berpandu dan semestinya ia menakutkan Greek.”

“Apabila anda menyebut (peluru berpandu) “Tayfun”, pihak Greek amat ketakutan. Greek menyatakan ia (Tayfun) akan membedil Athens, sudah tentu ia akan membedilnya”

Turkiye difahamkan berusaha secara rahsia selama beberapa tahun untuk membangunkan peluru berpandu balistik jarak dekat itu serta beberapa sistem peluru berpandu yang lain.

Seperti biasa, media-media dan penganalisi ketenteraan Greek menyambut berita pelancaran peluru berpandu balistik Turki ini dengan penuh hysteria.
Tayfun
Peluru berpandu balistik “Tayfun” yang dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN.

Bercakap kepada stesen televisyen Greek, bekas pegawai kanan tentera negara itu Jeneral Frangoulis Fragos mendakwa pihak Turki sedang membangunkan peluru berpandu balistik yang boleh membedil sasaran sejauh 2,500km.

“Peluru berpandu Tayfun akan menjadikan Turki sebuah kuasa di rantau ini dan membolehkan ia mengambil peranan yang lebih besar,” katanya.

Erdogan juga berkata bahawa negara itu sedang membangunkan dua jenis peluru berpandu dikenali dengan nama “Cenk” dan “Gezgin” dan berjanji kepada rakyat Turkiye bahawa akan ada “berita baik” tentang pembangunan kedua-dua peluru berpandu itu tidak lama lagi. — DSA

 

Comments
Loading...