Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Kapal Pengangkut Dron Pastikan Iran Miliki “Jangkauan” Jauh Dari Sempadannya

(VIDEO) Media-media Iran menyatakan bahawa kapal-kapal pengangkut dron negara itu akan meningkatkan kemampuan pemantauan serta serangan Iran mengguna dron berani mati untuk menjangkaui lebih jauh daripada sempadan maritimnya..

0 6,910

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bermula pada Mei tahun lepas, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan telah mengubahsuai dua buah kapal dagang milik syarikat perkapalan negara itu dikenali dengan nama “Shahid Mahdavi” dan “Shahid Bagheri” untuk menjadikannya kapal-kapal pengangkut dron yang dikendalikan oleh pasukan tentera elit negara itu.

Kedua-dua buah kapal sepanjang 240 meter itu berkemampuan membawa helikopter dan dron-dron sama ada untuk tugasan ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance) atau serangan berani mati.

Selain diubahsuai untuk membawa helikopter dan dron, kedua-dua kapal pengangkut pesawat milik IRGC itu juga telah dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lain seperti meriam, peluru berpandu anti-kapal, sistem pertahanan udara dan juga bot-bot laju membawa roket.

“Shahid Mahdavi” dan “Shahid Bagheri” juga dilengkapi dengan radar 3D Phased Array dan kelengkapan bagi peperangan elektronik.

Kedua-dua kapal pengangkut dron Iran itu yang kini sedang diubahsuai,  dijangka ditauliahkan pada tahun depan selepas segala kerja-kerja pengubahsuaian selesai dijalankan.

Bercakap kepada media negara Parsi itu, pegawai kanan tentera Iran menyatakan bahawa kapal-kapal seperti “Shahid Mahdavi” dan “Shahid Bagheri” akan menjadi seperti “bandar maritim” bergerak yang bersedia untuk melaksanakan tugasan di lautan.

“Ia boleh menstabilkan Sea Line Of Communication (SLOC) yang stabil dan memberikan bantuan kepada bot-bot nelayan dan kapal komersial Iran serta negara-negara serantau yang memerlukannya,” kata Komander Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Laksamana Ali Reza Tangsiri.

Media-media Iran menyatakan bahawa kapal-kapal pengangkut dron negara itu akan meningkatkan kemampuan pemantauan serta serangan Iran mengguna dron berani mati  untuk menjangkaui lebih jauh daripada sempadan maritimnya.

Ia sudah tentu akan menggusarkan lagi Amerika Syarikat dan Israel yang turut mempunyai pelbagai jenis kepentingan strategik di Timur Tengah.

Antara dron yang bakal dioperasikan oleh tentera Iran di atas kapal-kapal pengangkut dron negara itu adalah dron berani mati “Shahed-136” buatan negara Parsi itu tetapi turut digunakan oleh tentera Russia di Ukraine selepas dibekalkan oleh Teheran.

Iran
Kapal pengangkut dron Mesir “Shahid milik tentera Iran.
Shahed
Dron berani mati, “Shahed-136”

 

Dengan kemampuan untuk terbang sejauh 2,000km hingga 2,500km, dron berani mati “Shahed-136” itu memberikan ancaman yang serius terhadap kapal-kapal dagang yang menggunakan laluan maritim di rantau terbabit.

Kewujudan kapal-kapal pengangkut dron Iran itu memberikan ancaman berkesan, tidak simetri dan peluang opportunistik kepada Teheran di rantau yang sentiasa bergolak itu,

Ini bukanlah kali pertama Iran mengubahsuai kapal-kapal komersial untuk tujuan ketenteraan kerana sebelum ini pada tahun 2020 ia juga telah mengubahsuai sebuah kapal komersial untuk menjadi kapal perang pelbagai guna dinamakan “Shahid Roudaki.”

Iran
Kapal “Shahid Mahdavi”
Iran
Kapal pengangkut dron Iran “Shahid Mahdavi.”

 

“Shahid Roudaki” itu turut dilengkapi dengan helikopter, dron, sistem peluru berpandu anti-kapal, sistem pertahanan udara dan beberapa bot laju.

Dan pada 2021, pihak Iran juga telah mengubahsuai sebuah kapal tangki untuk menjadi kapal pangkalan hadapan (forward base warship) yang dinamakan “Makran”.  — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...