Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Ubahsuai Pesawat Kargo Untuk Jadi Pesawat AWACS, AEW

Penganalisis membuat kesimpulan bahawa objek berada di atas fiuslaj pesawat kargo itu sebagaimana dilihat dalam imej satelit adalah Rotodome (Rotating Radar Dome), yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk menguahsuai pesawat itu kepada pesawat AWACS atau AEW.

0 2,517

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Korea Utara dilaporkan telah mengubahsuai sebuah pesawat kargo bersaiz besar buatan Russia miliknya kepada pesawat Airborne Warning and Control System (AWACS) atau Airborne Early Warning (AEW), dalam usaha untuk meningkatkan kemampuan jaringan sistem pertahanan udaranya.

Perkara itu telah dinyatakan oleh Decker Eveleth, yang merupakan seorang penganalisis di James Martin Center for Non-Proliferation Studies berdasarkan kepada analisis imeh-imej satelit.

“Imej satelit telah menunjukkan sebuah pesawat kargo Ilyushin IL-76 berada di kemudahan penyelenggaraa di Lapangan Antarabangsa Pyongyang dengan sebuah objek besar berada di atas fiuslajnya,” kata beliau.

Beliau membuat kesimpulan bahawa objek yang berada di atas fiuslaj pesawat kargo itu adalah Rotodome (Rotating Radar Dome), yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk menguahsuai pesawat itu kepada pesawat AWACS atau AEW.

“Pesawat Airborne Early Warning (AEW) yang berkemampuan mengesan peluru berpandu kruis merupakan sesuatu yang Korea Utara berminat untuk memilikinya,” katanya.

Korea Utara
Imej satelit

Korea Utara

Beliau juga berkata terdapat kemungkinan bahawa Korea Utara mahu menggunakan pesawat itu unutk menjejaki peluru berpandunya sendiri ketika di dalam ujian, sama seperti yang dilakukan oleh Russia yang menggunakan pesawat A-50 AWACS semasa ujian pelancaran peluru berpandu “Burevestnik”.

Baru-baru ini kata penganalisis itu, tentera Russia telah menamatkan beberap a pesawat telemetry peluru berpandu miliknya.

“Terdapat kemungkinan pihak tentera Russia memiliki peralatan yang tidak digunakan dan boleh diberikan kepada Korea Utara,” katanya, namun pendapat beliau itu tidak disokong oleh bukti setakat ini.

Hubungan dan kerjasama ketenteraan di antara Pyongyang dan Moscow semakin rapat sejak akhir-akhir ini.

Pada Oktober lalu, Korea Utara dilaporkan telah menghantar 1,000 buah kontena berisi peluru dan pelbagai jenis sistem persenjataan kepada Russia, dipercayai bagi membantu Moscow dalam peperangannya dengan Ukraine.

Korea Utara
Pesawat Il-76 milik Korea Utara

 

Amerika Syarikat percaya penghantaran senjata dan peluru ke Russia oleh Korea Utara sebagai “pertukaran” kepada persetujuan Moscow untuk membantu Pyongyang dalam membangunkan senjata nuklearnya dan beberapa program ketenteraan yang lain.

Korea Utara mahukan akses kepada teknologi senjata nuklear Russia bagi membolehkan ia membangunkan peluru-peluru berpandu nuklear yang lebih berbahaya dan berkesan,kata jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan, Rumah Putih John Kirby.

Pada ketika ini, Korea Utara dipercayai memiliki tiga buah pesawat kargo Il-76 dengan lambang Air Koryo (syarikat penerbangan rasmi Korea Utara) tetapi hanya sebuah yang berkemungkinan sedang diubahsuai kepada pesawat AWACS atau AEW.

Korea Utara

Sementara itu seorang lagi penganalisis berkata, jika benar Pyongyang sedang mengubahsuai pesawat kargo untuk menjadi pesawat AWACS atau AEW, maka ia bermaksud Korea Utara sedang berusaha untuk meningkatkan kemampuan tentera udaranya.

“Pemilikan pesawat AEW oleh Korea Utara akan meningkatkan kemampuan jaringan sistem pertahanan udara negara itu, yang terdiri daripada lokasi-lokasi radar yang sudah usang.”

Jika imej-imej satelit yang dipaparkan oleh penganalisis itu benar menunjukkan pengubahsuaian pesawat Il-76 kepada pesawat AWACS dan AEW, maka ia adalah bukti bahawa Pyongyang sedang memodenkan tentera udaranya. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...