Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Turkiye Bangunkan Dron Berani Mati “Azab”, Replika “Shahed-136” Iran

Syarikat teknologi Turkiye itu, Robit Technology memberitahu agensi berita Anadolu bahawa bahawa dron berani mati, “Azab” keluarannya boleh dilengkapi dengan bahan letupan seberat 15kg dan mempunyai kemampuan untuk melakukan serangan sejauh 500 kilometer.

0 1,693

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, sebuah syarikat Turkiye telah menampilkan dron berani mati atau “dron kamikaze” keluaran mereka dinamakan “Azab”, yang rekabentuknya adalah hampir serupa dengan dron berani mati Iran yang terkenal, “Shahed-136”.

Dron “Shahed-136” keluaran Iran itu amat popular pada ketika ini selepas ia digunakan oleh Russia secara meluas di Ukraine.

Syarikat teknologi Turkiye itu, Robit Technology memberitahu agensi berita Anadolu bahawa bahawa “Azab” boleh dilengkapi dengan bahan letupan seberat 15kg dan mempunyai kemampuan untuk melakukan serangan 500 kilometer jauhnya.

Azab

“Kami telah melakukan kesemua ujian penerbangan dan kini kita bergerak ke arah ujian melibatkan bahan letupan. Kita akan melakukan ujian letupan dalam bulan-bulan yang akan mendatang ini,” kata pengarah produk syarikat itu, Selcuk Firat.

Selepas berjaya melepasi segala ujian yang dijangkakan berakhir pada September ini, “Azab” dihasilkan secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan dalam dan luar negara, katanya sambil menambah, beberapa pihak luar negara telah pun meminta lebih banyak maklumat tentang dron berani mati keluaran syarikat itu.

“Kita sudah bersedia untuk menghasilkannya dan berkemampuan untuk memenuhi permintaan pada masa depan,” katanya.

Syarikat Turkiye itu akan menghasikan dron berani mati itu di dalam dua varian terlebih dahulu.

Azab

Varian pertama dron “Azab” memiliki panjang sayap dua meter manakala satu lagi varian panjang sayapnya adalah 1.5 meter dan boleh dilengkapi dengan beberapa jenis bahan letupan seberat 15kg, kata beliau.

Dron berani mati “Azab” itu boleh dilancarkan menerusi beberapa kaedah.

Menggunakan koordinat GPS, dron terbabit boleh dipandu terus ke sasaran dan membedilnya, manakala dron berani mati itu juga boleh membawa persenjataan seperti bom-bom mortar, peluru kereta kebal dan peluru RPG atau apa sahaja bahan letupan khas yang dibangunkan khususnya untuk dilengkapi pada dron itu.

“Ia juga membawa bahan-bahan letupan yang sedia ada dimiliki oleh angkatan tentera,” kata Firat.

Walaupun banyak pihak menyatakan bahawa dron berani mati “Azab” dan “Shahed-136” adalah serupa tetapi sebenarnya banyak perbezaan di antara kedua-dua sistem itu.

Shahed
Dron “Shahed-136” buatan Iran

 

 

Antaranya adalah panjang sayap kedua-dua dron itu, dengan sayap Shahed-131 dan Shahed-136 adalah sepanjang 2.2 meter dan 2.5 meter berbanding Azab yang memiliki sayap sepanjang 2 meter.

Sementara itu, berat keseluruhan Azab ketika dilancarkan adalah diantara 135kg hingga 200kg dan membawa 15kg bahan letupan.

Mengenai jarak operasi di antara kedua-dua dron berani mati keluaran syarikat Turki dan Iran juga berlainan dengan radius operasi Azab adalah 500km manakala bagi Shahed-136 pula, ia boleh membedil sasaran sejauh 1,000km.

Shahed-136
Dron berani mati “Shahed-136” sebelum membedil sasaran di Kiev. (AFP)

 

Namun syarikat Turkiye itu mengatakan bahawa ia berkemampuan menghasilkan varian dron berani mati Azab yang lebih besar saiznya dengan panjang keseluruhan sayapnya adalah diantara dua metera hingga 3.5 meter bagi membolehkan ia membawa lebih banyak muatan termasuk bahan letupan serta terbang lebih jauh.

Dron berani mati Azab dilengkapi dengan teknologi anti-jamming, manakala enjinnya dihasilkan oleh syarikat tempatan, ERIN Motor Company. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...