Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turki-UK Mungkin Meterai Pembelian Senjata Bernilai US$10 Bilion (RM40 Bilion)

Perbincangan Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar dan rakan sejawatannya daripada Britain, Ben Wallace meninjau kemungkinan Ankara memperolehi pesawat pejuang Eurofighter, pesawat pengangkut C-130J dan kapal friget Type 23 serta enjin baru untuk kereta kebal berusianya, M60.

0 3,562

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki telah mengadakan perbincangan dengan United Kingdom tentang kemungkinan kedua-dua negara memeterai pakej perjanjian pembelian senjata yang dianggarkan bernilai lebih US$10 bilion (RM40 bilion).

Pakej pembelian senjata di antara kedua-dua negara itu dijangka melibatkan pembelian pesawat pejuang, pesawat pengangkut, enjin kereta kebal dan kapal friget, menurut tiga sumber yang rapat dengan perbincangan mengenainya kepada Middle East Eye.

Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar berada di United Kingdom Ahad lepas untuk bertemu dengan rakan sejawatannya daripada Britain, Ben Wallace.

Menurut sumber-sumber terbabit, dalam perbincangan mereka Akar dan Wallace telah meninjau kemungkinan Turki memperolehi pesawat pejuang Eurofighter, pesawat pengangkut C-130J dan kapal friget Type 23 serta enjin baru untuk kereta kebal berusianya, M60.

“Kami sedang mengkaji opsyen kami berkenaan sistem-sistem persenjataan itu tetapi kami belum lagi berada di peringkat akhir perbincangan,” menurut salah seorang daripada sumber terbabit.

typhoon

Mengulas tentang perbincangan dengan Ankara, jurucakap Kementerian Pertahanan United Kingdom berkata kepada Middle East Eye bahawa kedua-dua menteri pertahanan bertemu dalam usaha mereka untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan di antara dua negara itu.

“Mereka turut membincangkan tentang isu perolehan (senjata),” kata jurucakap itu.

Perbincangan antara Turki dan United Kingdom itu berlaku ketika Ankara berhadapan kesukaran dan tentang daripada ahli politik Amerika Syarikat dalam usahanya membeli 40 buah pesawat pejuang F-16V dan 80 buah kit pemodenan untuk pesawat-pesawat F-16 milik Tentera Udara Turki.

HMS Kent
Kapal friget Type 23 “HMS Kent” Tentera Laut British.

 

Diantara yang paling kuat menentang penjualan pesawat pejuang F-16 kepada Turki adalah pengerusi Jawatankuasa Senat tentang Hubungan Luar Senator Bob Menendez yang telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau akan menhalang penjualan itu.

Alasan utama mereka yang menentang penjualan pesawat-pesawat F-16 dan kit pemodenan kepada Turki adalah kerana tindakan agresif Ankara terhadap negara jirannya, Greek.

Kongres Amerika Syarikat, berkemungkinan diatas desakan kumpulan-kumpulan pelobi Greek, turut telah meletakkan syarat bahawa pesawat-pesawat F-16 yang dijual kepada Turki itu tidak boleh digunakan untuk menceroboh ruang udara Greek.

Turki memiliki antara pesawat pejuang F-16 terbesar di rantau  tetapi majoriti daripada pesawat itu sedang menghampiri tempoh luputnya.

Turki
Kereta kebal M60 Turki

 

Spekulasi tentang kemungkinan Turkiye membeli pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu semakin hangat apabila pegawai-pegawai kanan tentera udaranya telah mengunjungi sebuah pangkalan udara Royal Air Force (RAF) untuk melihat dengan lebih dekat operasi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu.

Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan juga memberi amaran sekiranya Amerika Syarikat tidak mahu menjual F-16 kepada Turkiye, maka Ankara akan memperolehi pesawat-pesawat pejuang daripada negara lain.

“Britain menjualnya, Perancis menjualnya dan Russia menjualnya. Kita berkemungkinan memperolehinya (pesawat pejuang) daripada mana-mana,” kata pada awal September lepas.

Ankara merupakan pengguna pesawat F-16 terbesar di luar Amerika dengan kira-kira 250 buah pesawat. 

Negara Mediterranean itu mahu menjadikan pesawat Eurofighter Typhoon sebagai “stop gap measures” sementara pesawat pejuang generasi ke-lima yang sedang dibinanya “T-FX” benar-benar mencapai kemajuan dan operasional.

F-16
Pesawat F-16 Turki

 

Tentera Udara Turki dikatakan amat berminat dengan pesawat dua enjin Eurofighter Typhoon itu yang dibina oleh United Kingdom, Itali dan Jerman berikutan radar cross section yang rendah, avionic yang moden, sensor fusion dan kemampuan super-cruise.

Negara Mediterranean itu dikatakan berminat untuk mendapatkan varian terkini pesawat pejuang itu iaitu sama ada Tranche 3A atau 4.

Walaupun ia adalah negara anggota NATO, tetapi Turki berhadapan masalah untuk membeli “modification kita” dan varian lebih moden pesawat F-16 selepas hubungannya dengan Amerika Syarikat terjejas akibat keputusannya membeli sistem pertahanan udara, S-400 daripada Russia.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

 

Akibat membeli S-400, Turki juga dikeluarkan daripada program pesawat F-35 dan dilarang sama sekali memperolehi pesawat halimunan itu.

Sebelum “diharamkan” daripada memperolehi pesawat F-35, Tentera Udara Turki telah menempah 100 buah pesawat halimunan itu. — DSA

 

Comments
Loading...