Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Myanmar Tauliah Bot Laju “Super Dvora MkIII”, Hasil Kerjasama Erat Israel

Menurut media Israel, pihak tentera negara itu dan badan-badan perisikannya mempunyai hubungan yang lama dan erat dengan angkatan tentera Myanmar termasuk membantu Yangon menubuhkan angkatan tenteranya itu selain memodenkannya serta melatih anggota tenteranya.

0 2,072

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan meronda kawasan-kawasan pesisiran pantai, Tentera Laut Myanmar telah mentauliahkan dua buah lagi bot peronda laju (fast patrol boats) “Super Dvora Mk III” yang dibinanya hasil kerjasama dengan syarikat pertahanan Israel.

Kedua-dua bot peronda laju yang baru sahaja ditauliahkan adalah bot-bot “Super Dvora MkIII” kelima dan keenam milik Tentera Laut Myanmar.

Hasil permindahan teknologi di antara industri pertahanan Myanmar dengan Ramta yang merupakan divisyen di dalam Israel Aerospace Industries (IAI), negara Asia Tenggara itu telah membina enam buah bot peronda laju itu dalam negara.

Sebagaimana yang diketahui, Myanmar sebagaimana Thailand, Filipina, Thailand dan Singapura mempunyai hubungan pertahanan yang erat dengan Israel, dengan angkatan tentera negara Asia Tenggara itu adalah pengguna kepada sistem pertahanan keluaran syarikat-syarikat Israel.

Selain bot-bot peronda laju “Super Dvora MkIII”, angkatan tentera Myanmar juga diketahui telah memperolehi beberapa lagi sistem pertahanan daripada Israel seperti teknologi satelit, perisian khas untuk pengintipan, IFF (identification friend or foe untuk pesawat pejuang), alat pandang malam, sistem pesawat tanpa pemandu Skylark dan lain-lain.

Dvora

Penjualan sistem pertahanan Israel kepada Myanmar telah dilakukan secara senyap-senyap.

Ini kerana pihak berkuasa Israel turut melarang penjualan sebarang sistem persenjataan kepada Myanmar selepas Yangon dikenakan sekatan senjata berikutan rekod hak asasi manusianya yang buruk selepas terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam.

Walaupun dikenakan sekatan ekonomi, namun Myanmar terus memperolehi bekalan senjata daripada Israel.

Menurut media Israel, pihak tentera negara itu mempunyai hubungan yang lama dengan angkatan tentera Myanmar termasuk membantu Yangon menubuhkan angkatan tentera negara Asia Tenggara itu selain memodenkannya.

Israel didakwa membantu melatih tentera Myanmar selain berusaha memastikan tentera terus memainkan peranan yang penting dalam hal-ehwal pentadbiran Yangon.

Dvora

Sementara itu, laporan media menyatakan bahawa kedua-dua bot peronda laju “Super Dvora MkIII” itu ditauliahkan sempena sambutan ulangtahun ke-75 Angkatan Tentera Myanmar.

Bot-bot peronda laju “Super Dvora” mula dibangunkan pada tahun 2004 dan sehingga kini telah digunakan oleh tentera laut beberapa negara di seluruh dunia.

Berkeupayaan meluncur selaju 50 knot kawasan-kawasan perairan littoral, bot-bot peronda laju “Super Dvora MkIII” berkemampuan dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan daripada meriam 30mm, automatic grenade launcher, peluru berpandu AGM-114 Helfire dan SPIKE NLOS.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

Bot-bot peronda laju Super Dvora MKIII yang dioperasikan oleh Tentera Laut Myanmar dilengkapi dengan Remote Control Weapon System (RCWS) buatan tempatan yang menjadikan meriam 14.5mm sebagai senjata utamanya.

Selain kelajuan sehingga 50 knot, bot Super Dvora MKIII itu memiliki panjang 27.4 meter dan mampu membawa sembilan hingga 12 krew, menjadikannya aset yang bersesuaian untuk beroperasi dalam misi-misi amfibia dan operasi di kawasan sungai serta misi-misi khas pasukan elit. — DSA

Comments
Loading...