Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turki Bangunkan Sendiri Radar AESA Untuk F-16 Block 30 Miliknya

Turki berhadapan dengan kesukaran dalam usahanya untuk memodenkan pesawat-pesawat F-16 miliknya yang telah berusia selepas ia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat kerana berdegil membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

0 3,186

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki bertindak membangunkan sendiri radar AESA (Active Electronically Scanned Array) untuk kegunaan pesawat-pesawat pejuang F-16C/D milik Block 30 tentera udaranya bagi mengatasi sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Prototaip pesawat F-16C/D Turki yang dilengkapkan dengan radar AESA telah pun siap.

Pihak tentera Turki menjangkakan radar AESA yang dibangunkannya sendiri oleh syarikat tempatan, Aselsan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun dan mula digunakan oleh pesawat-pesawat F-16 tentera udaranya.

Antara peningkatan kemampuan yang bakal diperolehi daripada radar AESA buatan Turki sebagaimana didakwa oleh industri pertahanan negara itu adalah kemampuan mengesan lebih banyak sasaran dan pada jarak yang lebih jauh secara serentak, ketahanan daripada serangan elektronik (electronic countermeasures) dan lain lagi

Tidak banyak negara yang mampu menghasilkan radar AESA dan ia menunjukkan keupayaan industri pertahanan Turki.  

F-16 Turki
Pesawat F-16 Turki

 

Selain pesawat-pesawat F-16, radar AESA buatan tempatan itu juga akan dipasangkan pada dron Akinci serta pesawat pejuang ringan yang sedang dibangunkannya, “Hurjet” yang turut ditawarkan kepada Malaysia untuk program perolehan pesawat FLIT/LCA.

Selain dilengkapkan dengan radar AESA, pesawat-pesawat berusia F-16 Block 30 Turki itu juga akan menjalani peningkatan kemampuan avionic dengan kelengkapan sistem dan komponen moden buatan tempatan.

Dibawah projek naiktaraf yang dinamakan “Project Ozgur” Flight hours pesawat F-16 Block 30 juga akan ditingkatkan daripada 8,000 jam kepada 12,000 jam.

F-16 Turki

Tentera Udara Turki merupakan negara pengguna terbesar F-16 selain Amerika Syarikat dengan lebih daripada 200 buah pesawat itu digunakannya, majoriti dibina dalam negara secara under licence oleh syarikat tempatan.

Negara Mediterranean itu berhadapan dengan kesukaran dalam usahanya untuk memodenkan pesawat-pesawat F-16 miliknya yang telah berusia selepas ia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat kerana berdegil membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Bukan sahaja Ankara, ditendang keluar daripada program pembangunan dan perolehan pesawat F-35, tetapi usahanya untuk memodenkan pesawat F-16 juga berhadapan pelbagai rintangan sama ada daripada pentadbiran Jo Biden atau Kongres Amerika Syarikat.

TFX
“Turkish Fighter”

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kumpulan-kumpulan lobi pro-Greek yang aktif di Amerika Syarikat juga memainkan peranan dalam menghalang sebarang usaha daripada Turki untuk mendapatkan sistem persenjataan dan komponen moden daripada negara Uncle Sam itu.

Apapun usaha-usaha menaiktaraf pesawat-pesawat F-16 Turki ini merupakan usaha sementara kerana langkah sebenar negara itu untuk bersaing dengan seterunya iaitu Greek adalah dengan projek pesawat pejuang kebangsaan, TFX atau “Turkish Fighter.”

Pesawat generasi kelima “Turkish Fighter” itu dijadual melakukan penerbangan sulung pada 2025 dan ditauliahkan ke dalam Tentera Udara Turki pada 2029. — DSA

Comments
Loading...