Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kerajaan Amerika Tentukan Sama Ada Thailand Boleh Beli F-35 Atau Tidak

Bulan lepas,  Jemaah menteri Thailand telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM1.6 bilion) untuk memperolehi empat buah pesawat pejuang baru dipercayai F-35 Joint Strike Fighter dan empat buah lagi selepas itu, membawa kepada lapan buah pesawat F-35 yang mahu dimilikinya.

0 7,495

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lockheed Martin, syarikat pembuat pesawat generasi kelima, F-35  Joint Strike Fighter mengatakan walaupun Thailand benar-benar mahu membeli pesawat itu tetapi keputusan akhir terletak di tangan kerajaan Amerika Syarikat.

Naib presiden kanan perniagaan antarabangsa syarikat itu, Tim Cahill mengesahkan bahawa Thailand sememangnya berminat untuk membeli pesawat pejuang itu.

“Bagaimanapun setakat tidak ada pengesahan yang rasmi berkenaan pernyataan minat oleh Thailand itu,” katanya kepada agensi berita Reuters pada Singapore Air Show 2022 yang sedang berlangsung di republik itu pada ketika ini.

Bulan lepas,  Jemaah menteri Thailand telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta untuk memperolehi empat buah pesawat pejuang baru dipercayai F-35 Joint Strike Fighter.

Proses pembelian empat pesawat pejuang baru itu akan dilaksanakan pada tahun fiskal akan datang.

F-35

Kelulusan peruntukan kewangan pembelian empat buah pesawat pejuang baru itu berlaku selepas Panglima Tentera Udara Thailand Napadej Dhupatemiya menyatakan minat untuk memperolehi lapan buah pesawat generasi kelima F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.

Menurut Cahill lagi, keputusan penjualan pesawat F-35 terletak ditangan kerajaan Amerika Syarikat.

Pesawat pejuang F-35 dikatakan adalah pesawat tercanggih dunia dan dikategorikan sebagai aset tentera Amerika Syarikat yang amat sensitif.

Oleh kerana itulah, pesawat pejuang itu hanya dijual kepada sekutu-sekutu Amerika Syarikat yang paling rapat.

Di kawasan Indo-Pasifik,  hanya Singapura (2026), Australia, Jepun dan Korea Selatan memiliki pesawat pejuang itu.

F-35

Tentera Udara Thailand mahu membeli F-35 itu untuk menggantikan pesawat-pesawat F-16 miliknya yang telah berusia.

Pada ketika ini, Tentera Udara Thailand mengoperasikan sebanyak 12 buah pesawat pejuang Gripen C/D yang diperolehinya daripada Sweden serta puluhan pesawat F-16 dan F-5E yang telah dgunakannnya sejak akhir tahun-tahun 1980-an.

 Panglima Tentera Udara Thailand menyatakan minat untuk memperolehi F-35 berikutan harga per-unit pesawat generasi kelima yang semakin berkurangan di pasaran sejak ia mula diperkenalkan.

Ketika mula-mula memasuki pasaran pada 2007, harga per-unit bagi pesawat F-35A itu adalah di sekitar US$220 juta tetapi apabila lebih banyak negara memperolehi pesawat itu, harga per-unitnya telah berkurangan kepada hanya US$79 juta pada ketika ini.

“Dengan rundingan antara kedua-dua pihak (Thailand dengan Lockheed Martin) harga per-unit pesawat F-35 boleh diturunkan lagi kepada lebih US$70juta sebuah,” kata Panglima Tentera Udara Thailand itu.

Gripen E
Tiga buah pesawat Gripen Tentera Udara Diraja Thailand.

 

Menurut Panglima Tentera Udara Thailand, negara itu memerlukan pesawat-pesawat baru untuk menggantikan pesawat-pesawat F-16 dan F-5E yang telah berusia dan telah berkhidmat dengan negara itu selama lebih tiga dekad.

Katanya, apabila usia pesawat semakin meningkat maka kos penyelenggarannya semakin meningkat, selain risiko terhadap juruterbang.

Gripen
Sebuah pesawat JAS 39 Gripen C/D Tentera Udara Diraja Thailand dengan pesawat AEW “Erieye.”

 

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Tentera Udara Thailand mahu menggandingkan pesawat F-35 yang dicadang dimilikinya dengan pesawat tanpa pemandu seperti Boeing Loyal Wingman yang sedang dibangunkan oleh syarikat itu bersama-sama Tentera Udara Australia pada ketika ini.

Pesawat-pesawat pejuang F-35 yang diimpikan oleh Bangkok itu akan beroperasi daripada pangkalan tentera udara Thailand di Nakhon Ratchasima yang terletak di tengah-tengah Thailand. — DSA

 

Comments
Loading...