Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM, US PACAF Laksana Eksesais Passex B-52 Siri 2/21

Eks PASSEX atau Passing Exercise B-52 Siri 2/21 adalah eksesais gabungan dua hala yang dilaksanakan bersama di antara kedua-dua angkatan tentera udara semalam.

0 1,804

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan United States Pacific Air Force (US PACAF) mengadakan Eksesais PASSEX atau Passing Exercise B-52 Siri 2/21 di kawasan latihan yang digazetkan di Selat Melaka.

“TONKA One-One Millertime Millertime…”

“Roger Millertime, Taring Singa”

“Mission Accomplished, thank you for the escort…”

Eks PASSEX atau Passing Exercise B-52 Siri 2/21 adalah eksesais gabungan dua hala yang dilaksanakan bersama di antara kedua-dua angkatan tentera udara semalam.

Empat jenis pesawat TUDM terlibat dalam eksesais tersebut iaitu Su-30 MKM, F/A-18D Hornet, Hawk dan A400M manakala dari US PACAF adalah pesawat B-52 “Stratofortress.”

Turut terlibat dalam eksesais pada kali ini adalah Skn 320 yang memainkan peranan sebagai ‘Tactical Command and Control’.

Erat Hubungan Diplomatik Dua Hala dan Diplomasi Ketenteraan

Eksesais gabungan dua hala ini dilaksanakan bertujuan mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan.

Eksesais pada siri ini menumpukan kepada konsep High Value Asset Protection (HVAAP) di mana pihak TUDM telah dipuji oleh pihak US PACAF atas tahap professionalisma yang telah ditunjukkan oleh pihak TUDM.

TUDM
Gambar kredit TUDM
TUDM
Gambar kredit TUDM

Adalah suatu keistimewaan untuk beroperasi dengan US PACAF pada tahun ini dalam PASSEX yang mana dapat meningkatkan operasi dan kerjasama di antara kedua-dua pasukan.

TUDM
Gambar kredit TUDM
TUDM
Gambar kredit TUDM

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...