Pesawat TUDM, TNI-AU Ronda Bersama Selat Melaka
Tujuan utama rondaan bersama antara tentera udara kedua-dua negara di Selat Melaka itu adalah sebagai langkah pemantauan bersama di ruang udara Selat Melaka bagi membanteras sebarang jenayah rentas sempadan , penyeludupan dan pencerobohan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bagi memastikan Selat Melaka bebas daripada aktiviti tidak diingini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan rondaan bersama di bawah Operasi PATKOR MALINDO di ruang udara Selat Melaka bermula pada 7 Nov 22.
Menurut kenyataan TUDM menerusi media sosial, tujuan utama rondaan bersama antara tentera udara kedua-dua negara itu adalah sebagai langkah pemantauan bersama di ruang udara Selat Melaka bagi membanteras sebarang jenayah rentas sempadan , penyeludupan dan pencerobohan.
Dari segi ekonomi dan strategik, Selat Melaka merupakan salah satu jalur pelayaran terpenting di dunia, sama pentingnya dengan Terusan Suez atau Terusan Panama.
Selat Melaka membentuk jalur pelayaran terusan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik serta menghubungkan tiga dari negara-negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia: India, Indonesia dan China.
Kira-kira 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke Timur setiap tahun.
Justeru itu Selat Melaka sangat penting kepada kestabilan ekonomi dunia khususnya kepada negara Amerika Syarikat, Jepun , China dan lain-lain negara di Asia Tenggara.
Hampir satu perlima perdagangan dunia terpaksa melalui Selat Melaka.
Di samping menjaga ruang udara di Selat Melaka, kerjasama pengoperasian dua hala antara TUDM dan TNI-AU yang diadakan sebanyak dua kali setahun ini dapat meningkatkan tahap kesiagaan operasi dan kerjasama menyeluruh kedua-dua buah negara.
Ia juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan angkatan udara yang sedia terjalin.
Di bawah penjanjian General Border Committee (GBC), TUDM telah merancang pelaksanaan Ops Udara di bawah naugan Team Perancang Operasi Udara ( TPOU) MALINDO antara pihak TUDM dan kerjasama pihak TNI-AU.
TUDM mengaturgerak pesawat Hawk 108/208 dari No 15 Skuadron.
Turut sama terlibat dalam operasi kali ini ialah CRC Kuantan sebagai Pusat Kawalan Operasi, JAMCC Sepang dan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) merupakan koordinator untuk ruang udara yang digunakan.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
TNI-AU mengaturgerak pesawat F16 C dari 16 Skuadron Udara yang membuat penerbangan dari Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin, Pekan Baru dan KOSEK HANUDNAS III Medan.
PATKOR MALINDO adalah antara jalinan kerjasama pertahanan antarabangsa yang menjaga keselamatan dan kepentingan serantau khususnya kedua dua negara jiran Malaysia dan Indonesia. Secara tidak langsung meningkatkan kesiagaan operasi dan kompetensi semua warga yang terlibat. — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments are closed.