TUDM, US PACAF Amerika Laksana Latihan Keselamatan, Pertahanan Pangkalan
Pendedahan dan perkongsian ilmu pengetahuan serta pengalaman di antara HANDAU TUDM dan United States Air Force Security Force (USAF SF) menjadi antara salah satu platform terbaik untuk memperkasakan elemen pertahanan pangkalan secara umumnya.
Jom folo Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) DAN United States Pacific Air Force (US PACAF) mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara mereka dengan mengadakan Eksesais Pacific Angel 22-2 (PA 22-2) yang dilaksanakan di Pangkalan Udara Subang.
Latihan ini melibatkan Konsep Field Training Exercise(FTX), Table Top Exercise(TTX) dan Subject Matter Expert Exchange(SMEE).
Latihan ini melibatkan beberapa SMEE yang berkaitan.
Antaranya adalah melibatkan Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU) dan United States Air Force Security Force (USAF SF), dengan eksesais merangkumi “Tactics, Techniques and Procedures” (TTP) bagi melaksanakan Operasi Keselamatan dan Pertahanan Pangkalan melalui Konsep Integrated Base Defence.
Objektif latihan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap pengoperasian dan pertukaran idea serta kemahiran secara profesional.
Selain daripada itu juga, TUDM mampu menilai serta menambahbaik kesiagaan, pengetahuan, skil dan kompetensi dalam Operasi Keselamatan dan Pertahanan Pangkalan merangkumi keperluan kenderaan operasi, peralatan serta persenjataan yang bersesuaian dan mencukupi bagi pelaksanaan operasi berkenaan.
Pendedahan dan perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman di antara HANDAU TUDM dan USAF SF menjadi antara salah satu platform terbaik untuk memperkasakan elemen pertahanan pangkalan secara umumnya.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Eksesais Pacific Angel 22-2 bermula daripada 13 hingga 19 Ogos turut melibatkan Tentera Udara Australia, Tentera Udara Filipina, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara dan Tentera Udara Mongolia.
Eksesais diadakan di Pangkalan Udara Subang, Pangkalan Udara Kuantan dan Pangkalan Udara Jugra. — DSA
Comments are closed.