Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

SPRM Dijangka Dakwa Pegawai Kanan Syarikat Dalam Isu Kapal LCS Esok

Sumber dipetik oleh agensi berita nasional (Bernama) berkata, “seorang lelaki berusia hampir 80 tahun” akan didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

0 877

om folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang bekas pegawai kanan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) — kontraktor yang ditugaskan untuk membina enam buah kapal Littoral Mission Ship (LCS) bernilai RM9 bilion untuk Tentera Laut Diraja Malaysia – atas pertuduhan pecah amanah.

Bernama memetik sumber yang tidak dinamakan mengesahkan perkara itu.

Kata sumber, “seorang lelaki berusia hampir 80 tahun” akan didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

LCS

Jemputan media yang dikeluarkan oleh SPRM lewat petang ini turut memaklumkan mengenai pertuduhan terhadap lelaki itu esok. 

Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris, The Star, juga memetik sumber menyebut bahawa suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok.

“Ya, kami mengenakan pertuduhan ke atas individu tertentu esok (Selasa),” lapor akhbar itu.

Menurut semakan sistem mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Awal bulan ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan lebihan kos berjumlah RM1.4 bilion dalam kontrak RM9 bilion LCS, dengan RM6 bilion dibayar pada 2020.

Susulan itu, SPRM pada 11 Ogos dilaporkan berkata mereka telah menyelesaikan beberapa siasatan terhadap individu tertentu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dalam mengendalikan projek pembinaan LCS.

LCS

Baru-baru ini, SPRM percaya ia telah mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan skandal projek pembinaan enam buah kapal LCS untuk TLDM.

Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki ketika bercakap kepada sebuah akhbar dilaporkan berkata tindakan yang bakal diambil oleh SPRM telah pun dikemukakan kepada jabatan perundangannya.

Antara saspek adalah bekas pegawai kanan syarikat terbabit.

“Kita telah menyiapkan penyiasatan terhadap bahagian tertentu kes itu dan mencadangkan pendakwaan terhadap saspek,” katanya sebagaimana dipetik oleh akhbar berkenaan.

 “Kita percaya sebahagian daripada transaksi berlaku di Singapura. Wang telah disalurkan kepada beberapa akaun bank milik individu di republik berkenaan,” kata beliau kepada akhbar berkenaan.

Pegawai SPRM telah dihantar ke Singapura, di antara beberapa lokasi luar negara untuk mengumpul maklumat untuk menjayakan siasatan.

Akhbar terbabit juga berkata bahawa pihak SPRM sedang memburu seorang pegawai kanan syarikat yang terlibat dengan projek pembinaan LCS itu kerana dipercayai melakukan pecah amanah.

LCS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Kita percaya sejumlah besar wang telah dipindah keluar tanpa kebenaran oleh pihak Lembaga pengarah syarikat berkenaan,” menurut Azam.

Walaupun tidak mendedahkan jumlah wang berkenaan, akhbar terbabit memetik Azam sebagai berkata bahawa pegawai kanan syarikat itu telah memindahkan RM24 juta tanpa kebenaran daripada lembaga pengarah syarikat itu.

Pada Januari lepas, SPRM telah menahan dua orang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion.

Sementara itu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga berkata bahawa Jemaah Menteri telah menggesa supaya SPRM supaya menyegerakan siasatan berhubung isu kapal LCS.  — DSA

Comments
Loading...