TUDM Operasi Empat Helikopter Leonardo AW 139 di Pangkalan Udara Kuching
Helikopter Leonardo AW 139 ini merupakan aset mobiliti yang digunakan oleh TUDM melalui kaedah sewaan menggunakan konsep Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM) dari pihak Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – No 3 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi di Pangkalan Udara Kuching telah menerima helikopter kedua Leonardo AW 139 (M104-05) baru-baru ini.
Helikopter Leonardo AW 139 ini merupakan aset mobiliti yang digunakan oleh TUDM melalui kaedah sewaan menggunakan konsep Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM) dari pihak Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.
Dengan penambahan empat buah pesawat baru Leonardo AW 139 ini di Pangkalan Udara Kuching nanti, ia dapat meningkatkan keupayaan TUDM di Malaysia Timur, menurut kenyataan media menerusi akaun FB TUDM baru-baru ini.
Ia terutamanya dalam melaksanakan operasi seperti Air Logistic Support and Resupply Flight, Military and Civil Communication Flight, Helicopter Insertion Extraction (HIE), Freefall, Medical Evacuation (MEDEVAC), Casualty Evacuation (CASEVAC), Body Evacuation (BODEVAC), Humanitarian and Disaster Relief (HADR) dan Deck Landing.
Penerimaan Helikopter Kedua Leonardo AW 139 (M104-05) telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching Kol Yusrizal bin Zain TUDM di Hangar detasmen No 3 Skuadron.
Helikopter Leonardo AW139 adalah helikopter serbaguna kelas sederhana yang dihasilkan oleh AgustaWestland (kini Leonardo). Berikut adalah spesifikasi teknikal ringkasnya:
-
Enjin: Dua enjin Pratt & Whitney PT6C-67C, dengan kuasa maksimum 1,679 shp setiap satu.
-
Kapasiti Penumpang: Boleh membawa sehingga 15 penumpang dengan seorang juruterbang, bergantung pada konfigurasi kabin.
-
Kelajuan Maksimum: 310 km/j (167 knot).
-
Julat Penerbangan: Sehingga 1,061 km (572 batu nautika) dengan tangki bahan api standard.
-
Ketinggian Operasi Maksimum: 6,096 meter (20,000 kaki).
-
Berat Berlepas Maksimum: 6,800 kg.
-
Ciri-Ciri Utama:
-
Sistem avionik digital sepenuhnya dengan kokpit kaca.
-
Sistem autopilot empat paksi untuk penerbangan yang stabil.
-
Kapasiti operasi siang dan malam dengan sistem penglihatan malam (NVG).
-
Rekaan modular untuk pelbagai misi seperti SAR, pengangkutan VIP, perubatan, dan operasi tentera.
-