Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal KD Selangor Selesai Jalani Kerja-Kerja “Refit”

0 1,274

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Kapal peronda kelas Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Selangor telah selesai menjalani kerja-kerja “rutin refit” oleh Labuan Shipyard and Engineering (LSE) selepas menandatangani sijil penerimaan dalam satu majlis penyerahan baru-baru ini, di limbungan LSE.

Laksamana Pertama Satria Sarawak Jais menerima sijil penerimaan itu bagi pihak Markas Armada Timur, Panglima Logistik Timur, selepas menandatanganinya bersama Pegawai Memerintah KD Selangor, Komander Mohd Husni Aris dan ketua pegawai operasi LSE, Khamdi Khalip.

KD Selangor

Projek tersebut yang bermula pada 10 Julai 2019, telah siap mengikut jadual setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19.

Majlis tersebut lebih bermakna  kerana ia berlangsung pada ulang tahun ke-10 KD Selangor yang telah memulakan perkhidmatan secara rasmi pada 28 Disember 2010.   Turut membanggakan ialah KD Selangor merupakan kapal pertama dalam kelasnya yang berjaya menyiapkan rutin refit dalam tempoh singkat berbanding tempoh ‘refit’ kapal peronda yang lain sebelum ini. Ini juga merupakan kerja rutin refit yang pertama untuk KD Selangor.

KD Selangor

Khamdi berkata menerusi pengalaman berharga yang diperolehi melalui projek itu serta keyakinan dan kepercayaan klien, LSE yakin akan lebih bersedia untuk mencapai kejayaan yang sama ke atas KD Kelantan. 

KD Kelantan, sebuah lagi kapal peronda kelas Kedah tiba di limbungan LSE untuk menjalani rutin pasang pulih pada 12 November 2020.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...