Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Laksana 66 Latihan Sepanjang Tahun Ini – Panglima

Sebanyak 25 daripada latihan itu merupakan latihan dalaman melibatkan pelbagai perkhidmatan TLDM.

0 1,621

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany menyatakan bahawa angkatan itu bakal melaksanakan 66 latihan sepanjang tahun ini.

Bercakap dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris Asian Defence Journal keluaran Mei-Jun tahun ini, beliau berkata, 25 daripada latihan itu merupakan latihan dalaman melibatkan pelbagai perkhidmatan TLDM.

“Empat latihan bersama melibatkan perkhidmatan berlainan, lima latihan melibatkan agensi dan syarikat awam seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Petronas, 16 latihan bilateral dan 16 latihan multilateral,” kata beliau.

TLDM
Aset-aset maritim TLDM yang terlibat dalam Eks Borneo War. (TLDM)

 

Dan pada 22 Oktober ini pula kata beliau, TLDM akan melaksanakan Eksesais Kerismas di Laut China Selatan yang bakal melibatkan aset-aset daripada Markas Pemerintahan Armada Barat dan Markas Pemerintahan Armada Timur serta angkatan kapal selam negara.

“Tentera Udara Diraja Malaysia juga akan mengambil bahagian di dalam latihan itu,” kata Mohd Reza.

Selain daripada itu, Eksesais Taming Sari telah dilaksanakan di perairan Selat Melaka pada Mei lalu yang melibatkan penembakan peluru berpandu anti-kapal oleh salah sebuah kapal perang TLDM.

TLDM menurut panglima telah menerima jemputan daripada negara-negara luar untuk terlibat sama dalam latihan-latihan luar negara seperti Exercise Rim of the Pacific (RIMPAC) yang sedang berlangsung di perairan kepulauan Hawaii pada ketika ini.

Scorpene
Kapal selam TLDM terlibat dalam Latihan OSTEX East 1/22 baru-baru ini. (TLDM)

 

Beliau juga berkata, TLDM juga akan menyertai Exercise Kakadu di Darwin, Australia dan Exercise Milan di Visakhapatnam di India.

Sementara itu Panglima TLDM di dalam temuramah bertulis itu juga berkata sedang menantikan ketibaan varian maritim sistem Unmanned Aerial System (UAS).

Katanya, kajian sedang dilakukan untuk mengenalpasti platform yang bersesuaian untuk di-retrofit di kapal-kapal yang berkemampuan mengendalikan UAS pada tahun depan.

AW139
Scaneagle (TLDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Ini akan membolehkan UAS itu dikerah pada jarak yang lebih jauh daripada kawasan pantai untuk operasi maritim. Kemampuan beyond-line-of-sight akan menambah maritime domain awareness.”

“Segala data yang diperolehi dengan semua kapal-kapal TLDM dan segala agensi maritim yang beroperasi di Zon Maritim Malaysia,” katanya.

TLDM telah menerima sistem Scaneagle sejak daripada tahun lepas yang kini sedang dioperasikan oleh Skuadron 601 yang berpengkalan di Markas Pemerintahan Armada Timur  di Kota Kinabalu, Sabah. — DSA

Comments
Loading...