Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Titikberatkan Perolehan Aset Baru Dalam Bajet 2023 – TLDM

Buat masa ini, keupayaan tempur aset-aset TLDM pada tahap kritikal. Malah aset-aset di bawah Armada Timur hanya terdiri dari Flotilla Ronda yang tidak dilengkapi keupayaan tempur seperti sistem persenjataan, radar pengawasan serta penjejak dan peluru berpandu.

0 2,545

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap Kerajaan akan menitikberatkan perolehan baharu dan segera menaik taraf keupayaan aset-aset ketenteraan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata, penambahan bajet pertahanan amat kritikal terutama dalam meningkatkan keupayaan aset-aset tempur TLDM yang semakin berusia dan berdepan isu keusangan.

“Markas Pemerintahan Armada Timur amat bersetuju dengn kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany yang mencadangkan pihak Kerajaan komited meningkatkan bajet pertahanan 2023 kepada 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TLDM
(kredit TLDM)

 

Beliau berkata, isu keusangan aset merupakan cabaran utama yang didepani oleh TLDM dalam usaha mengatur gerak aset-asetnya secara maksimum.

“Dengan perubahan lanskap ancaman maritim semasa dan campurtangan kuasa besar di Laut China Selatan, TLDM sangat memerlukan aset-aset berkeupayaan tempur.”

“Buat masa ini, keupayaan tempur aset-aset TLDM pada tahap kritikal. Malah aset-aset di bawah Armada Timur hanya terdiri dari Flotilla Ronda yang tidak dilengkapi keupayaan tempur seperti sistem persenjataan, radar pengawasan serta penjejak dan peluru berpandu, ” kata beliau.

Justeru itu kata Sabri, perolehan aset baharu seperti Littoral Combat Ship dan Littoral Mission Ship batch kedua amat kritikal bagi TLDM mengalas tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Markas Pemerintahan Armada Timur berpendapat bahawa isu keusangan ini tidak akan berlaku jika Kerajaan menyediakan peruntukan pertahanan yang mencukupi pada setiap tahun.

TLDM
Helikopter Operasi Maritim TLDM (kredit TLDM)

 

Cadangan peruntukan sebanyak 1.5 peratus daripada KDNK negara khusus untuk pertahanan bukan sesuatu yang mustahil dilaksanakan sekiranya Kerajaan benar-benar serius terhadap isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Bajet pertahanan perlu diibaratkan seperti membeli polisi insuran kepada keselamatan negara.

Keselamatan negara akan berdepan risiko yang tinggi sekiranya Kerajaan hanya membeli polisi yang minimum.

“Kesannya akan lebih merugikan Kerajaan bila negara berdepan krisis keselamatan.”

“Markas Pemerintahan Armada Timur akan kekal fokus mendukung misi TLDM untuk mempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim negara,” kata Panglima Markas Armada Timur lagi.

Ostex
(kredit TLDM)

 

Menurutnya, walaupun aset-aset sedia ada bukan pada tahap yang terbaik, Armada Timur akan kekal komited dan bersedia sebilang masa untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sedaya mungkin.

Janji TLDM dizahirkan melalui Eksesais KERISMAS 27/2022 yang sedang berlangsung di Laut China Selatan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada ketika ini sejumlah 23 aset-aset dari Armada Timur dan Barat berada di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk menjalani latihan tahunan intra-TLDM ini.

Eksesais tahunan ini akan menguji tahap kesiagaan aset-aset TLDM dan kecekapan warga kapal dalam melaksanakan setiap prosedur operasi maritim serta menilai sistem sokongan bahagian logistik TLDM. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...