Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam 155mm G5 MKIII, “Hujan Besi” Dari Afrika Selatan

Meriam G5 ini adalah aset yang battle-proven dimiliki oleh Tentera Darat kerana sejak mula beroperasi pada tahun 1983, meriam buatan Afrika Selatan itu telah digunakan secara ekstensif oleh angkatan-angkatan tentera dalam pelbagai konflik daripada Perang Iran-Iraq, Perang Teluk serta konflik membabitkan Afrika Selatan dengan negara-negara bersempadan dengannya

0 5,130

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada tahun 2000, Kementerian Pertahanan telah menandatangani perjanjian dengan Denel Group daripada Afrika Selatan untuk memperolehi 22 unit meriam 155mm 45 cal G5 MKIII untuk kegunaan tentera darat.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak Denel, perjanjian untuk 22 unit meriam itu bernilai Rand 400 juta (RM105 juta) yang antara lain turut meliputi perolehan Fire Control System (FCS), peluru, bantuan lojistik dan latihan untuk sistem meriam itu.

Sejak daripada perolehannya pada tahun 2000 sehingga kini, meriam G5 MKIII buatan Afrika Selatan itu kekal menjadi meriam paling besar kalibernya di dalam pegangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Meriam G5

Walaupun ATM memperolehi sejumlah 22 unit meriam G5 MKIII pada tahun 2000, terdapat laporan yang tidak dapat disahkan mendakwa bahawa Kementerian Pertahanan telah membuat perolehan susulan untuk menambah bilangan meriam 155m di dalam pegangannya.

Sejak beberapa tahun lepas, syarikat Denel telah membangunkan varian meriam G5 yang lebih berkemampuan daripada segi ketepatan tembakan dan jarak bedilan, dipanggil G5-2000 yang menggunakan meriam 52 caliber.

Rekabentuk meriam G5 ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada meriam GC-45 155mm Kanada yang telah diubahsuai supaya ia dapat beroperasi dengan berkesan mengikut keadaan persekitaran di Afrika Selatan dan negara-negara serantaunya.

Meriam GC-45 155mm itu telah direka pada tahun-tahun 1970-an oleh syarikat Space Research Corp (SRC) yang dimiliki oleh pereka meriam terkenal dan kontroversial, mendiang Gerald Bull.

Babylon
Dr Gerald Bull

 

Gerald Bull yang merupakan pereka meriam terkenal Barat dan “otak” disebalik Projek Babylon untuk mencipta meriam gergasi (super gun) Saddam Hussein telah ditembak mati di apartmentnya di Brussels, Belgium dipercayai oleh ejen-ejen Mossad.

Meriam G5 ini adalah aset yang battle-proven dimiliki oleh Tentera Darat kerana sejak mula beroperasi pada tahun 1983, meriam buatan Afrika Selatan itu telah digunakan secara ekstensif oleh angkatan-angkatan tentera dalam pelbagai konflik daripada Perang Iran-Iraq, Perang Teluk serta konflik membabitkan Afrika Selatan dengan negara-negara bersempadan dengannya.

Dengan jangkaan kemasukan 18 unit meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal buatan gergasi pertahanan Turki,MKE ke dalam inventori ATM tidak lama lagi, maka,  “tumbukan” Rejimen Artileri Tentera Darat tidak dapat dinafikan akan semakin padu.

Dengan berat kira-kira 13.75 tan, meriam G5 MKIII yang digunakan oleh Malaysia turut dilengkapi dengan Auxillary Power Unit (APU) bagi memudahkan ia bergerak secara bersendirian (untuk jarak terhad) dengan kelajuan 16km sejam tanpa perlu ditunda oleh kenderaan penariknya.

Dengan APU, sekurang-kurang ia boleh mengaplikasikan mod “shoot and scoot” secara terhad bagi mengelak ancaman serangan balas artilleri musuh hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh “counter battery radar.”

Meriam G5

Menggunakan Fire Control System AS2000, meriam G5 MKIII boleh melakukan tiga tembakan di dalam satu minit.

Berat meriam yang tidak keterlaluan itu juga membolehkan G5 MKIII itu dibawa oleh pesawat-pesawat pengangkut seperti C-130 dan juga A400M untuk diaturgerak ke mana-mana lokasi di dalam negara.

Mengenai kemampuan bedilannya pula, jika meriam G5 MKIII itu menggunakan peluru Extended Range Full Bore (ERFB), meriam boleh membedil sasaran sejauh 30km, manakala jika menggunakan pula peluru jenis Base Bleed jaraknya boleh menjangkau sehingga kepada 39km.

Sekiranya menggunakan peluru jenis Rocket Assisted Projectile (RAP) pula, meriam G5 MKIII boleh membedil sasaran sehingga 50km.

Meriam G5
Meriam G5 MkIII

 

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Meriam
Meriam bergerak G6

 

Walaupun meriam G5 MKIII yang digunakan oleh Tentera Darat telah menjangkau usia 22 tahun ini, tetapi ia masih diperakui oleh penganalisis pertahanan antarabangsa sebagai di antara meriam 155mm yang paling berkesan di dalam pasaran.

Menggunakan meriam dan kenderaan, pihak Denel juga telah membangunkan sistem meriam bergerak (wheeled self propelled howitzer) dipanggil “G6” yang juga diakui antara sistem yang paling berkemampuan di pasaran dan telah pun digunakan oleh beberapa angkatan tentera. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...