Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal China Kini “Ganggu” Aktiviti Minyak Dan Gas Di Lapangan Gas Kasawari, Sarawak

Sebuah kapal pengawal pantai China kini dikesan pula memantau aktiviti yang dijalankan oleh kapal “Sapura Esperanza” (Semi-Submersible Self-Erecting Tender Assisted Drilling) yang sedang beroperasi di luar pantai Sarawak.

0 10,344

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal pengawal pantai China meneruskan aktiviti “menganggu” aktiviti cari gali minyak dan gas yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat Malaysia di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara di luar pantai Sarawak terutamanya di Lapangan Gas Kasawari.

Selepas belayar hampir dengan ultra deepwater drillship “West Capella” yang beroperasi di luar pantai Sabah, sebuah kapal pengawal pantai China kini dikesan pula memantau aktiviti yang dijalankan oleh kapal “Sapura Esperanza” (Semi-Submersible Self-Erecting Tender Assisted Drilling) yang sedang beroperasi di luar pantai Sarawak.

Kapal Sapura Esperanza itu dimiliki oleh syarikat Sapura Energy.

Tindakan terbaru itu hanya membuktikan bahawa China kini sedang meningkatkan operasi “gangguan” terhadap aktiviti cari gali minyak dan gas oleh syarikat-syarikat negara di kawasan perairan ZEE Malaysia terutamanya di luar pantai Sabah dan Sarawak.

Menurut aplikasi penjejakan kapal yang di-upload oleh pemerhati OSINT (Open Source Intelliigence) @WBWhiskeyBravo memaparkan sebuah kapal pengawal pantai China, CCG 5101 sedang memantau kapal Sapura Esperanza di Lapangan Gas Kasawari.

Kasawari
Kredit @WBWhiskeyBravo

 

Turut berada berhampiran Sapura Esperanza adalah kapal sokongan, Executive Pride.

Dikesan sedang menghampiri kapal Sapura Esperanza itu juga adalah kapal penyelidik China, Da Yang Hao diiringi tidak jauh oleh kapal pengawal pantai negara itu, CCG 6307.

Kapal penyelidik, Da Yang Hao dikesan memasuki perairan ZEE Malaysia di Sabah pada 24 September lepas dan terus belayar menghampiri kapal “West Capella” yang dimiliki oleh syarikat “Seadrill” yang berpengkalan di London tetapi dikontrakkan kepada PETRONAS.

Kehadiran kapal Da Yang Hao berhampiran West Capella itu diiringi oleh dua buah kapal pengawal pantai China.

Kini aktviti “gangguan dan provokasi” kapal-kapal China itu beralih kepada Lapangan Gas Kasawari di luar pantai Sarawak.

Lapangan Gas “Kasawari” yang terletak di Blok SK316 adalah milik Petronas.

Menurut satu laporan oleh  Asia Maritime Transparency Institute (AMTI) pada Ogos lepas, bermula pada 19 hingga 24 Mei Petronas telah menggunakan enam buah kapal tunda untuk mengangkut peralatan ke pelabuhan Miri untuk kerja-kerja pemasangan “wellhead platform” di Lapangan Gas Kasawari.

Kasawari
Lapangan gas Kasawari.

 

Dan pada 31 Mei, sebelum kerja-kerja pemasangan itu dilakukan di Lapangan Gas Kasawari, China telah menghantar 16 buah pesawat tenteranya yang terbang dalam 60 batu nautika daripada Sarawak dalam keadaan formasi taktikal, menyebabkan TUDM menghantar pesawat pejuang Hawk 208 daripada Labuan untuk memintas.

Selain pesawat-pesawat China, negara itu turut menempatkan kapal pengawal pantainya berhampiran Luconia Shoals dan kerap belayar berhampiran kawasan-kawasan operasi minyak dan gas negara.

AMTI berkata, data daripada Marine Traffic menunjukkan kapal pengawal pantai China CCG 5403 belayar berhampiran dengan Sapura 2000 (derick pipelay barge) pada 4 Jun apabila kapal tunda itu berada di Lapangan Kasawari bersama bot-bot sokongan yang lain.

Sapura 2000 dikontrak untuk memasang “jacket and topside of the wellhead platform” di Kasawari.

Kapal pengawal pantai China itu berbuat demikian walaupun kapal TLDM, Bunga Mas 5 berada di kawasan berhampiran.

Data daripada AIS menunjukkan CCG 5403 hanya berada dua batu nautika daripada Sapura 2000 pada pada 5 Jun dan 1.2 batu nautika pada 7 Jun.

Kasawari
Kapal pengawal pantai China.

 

Pada 12 Jun kapal pengawal pantai China itu dikesan meninggalkan Lapangan Gas Kasawari dan diganti dengan CCG 5303 yang saiznya lebh besar, dengan imej satelit daripada Planet Labs menunjukkan kapal pengawal pantai China itu berada berhampiran dengan Sapura 2000 dan bot-bot sokongan itu.

Pada 3 Julai, Sapura 3000 pula menyertai Sapura 2000 untuk memasang drilling platform di Lapangan Gas Kasawari dengan data daripada AIS pada 5 Julai menunjukkan kapal China itu berada 360 meter daripada Sapura 3000 dan hanya 180 meter daripada sebuah bot sokongan, Bes Elite.

Daripada 17 June hingga 5 July, kapal pengawal pantai China CCG 5303 masih berada di Lapangan Gas Kasawari, kemungkinan besar untuk menganggu operasi Sapura 2000.

Pada ketika ini, CCG 5303, Sapura 3000 dan Sapura 2000 masih berada di Kasawari dan AMTI tidak melihat kehadiran kapal penguatkuasa Malaysia sejak Bunga Mas 5 meninggalkan perairan itu pada bulan lepas.

AMTI menjangkakan gangguan daripada kapal-kapal pengawal pantai China terhadap operasi minyak dan gas negara di Lapangan Kasawari ini akan berterusan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...