Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Aset Usang Merisikokan Keselamatan Warga TLDM – Panglima

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berperingkat daripada 1 peratus kepada 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

0 1,776

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kekangan bajet pertahanan dan cabaran mengoperasikan aset-aset yang dikategorikan sebagai telah usang bukan sahaja menjejaskan tahap kesiapsiagaan serta kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tetapi juga membahayakan keselamatan anggotanya.

Sehubungan dengan itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berperingkat daripada 1 peratus kepada 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Langkah itu supaya keupayaan pertahanan dapat disesuaikan dengan senario keselamatan semasa sekali gus mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi untuk bertindak terhadap sebarang ancaman terutamanya yang melibatkan keselamatan negara.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini berdepan dengan cabaran mengoperasikan aset yang usang dan kekangan bajet pertahanan bukan sahaja menjejaskan kesiagaan serta kemampuannya, malah secara tidak langsung merisikokan keselamatan warga TLDM itu sendiri ketika melaksanakan penugasan yang diamanahkan,” katanya sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional, BERNAMA.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Kapal Selam di Markas Pemerintahan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Sepanggar, hari ini.

TLDM
(kredit TLDM)

 

Mengulas lanjut, Mohd Reza berkata bagi memastikan TLDM mampu memberi respon terbaik kepada ancaman dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan efisien, terdapat keperluan meneruskan penambahan aset berdasarkan perancangan ‘15 to 5’ yang direncanakan sebelum ini.

“Ia seperti Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan Kapal Peronda Misi Pesisir (LMS) batch kedua dan bagi angkatan kapal Selam. 

“TLDM sangat peka terhadap keperluan untuk menambah jumlah aset kapal selam sehingga empat bagi melengkapkan dan mengoptimumkan kitaran pengoperasian kapal selam. 

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Landskap keselamatan global dan serantau yang semakin tidak menentu perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan dalam usaha memelihara kedaulatan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia yang menjadi penyumbang kepada 40 peratus hasil pendapatan negara,” katanya.

Beliau berkata walau dalam keadaan apa sekalipun, TLDM tetap fokus dengan misinya iaitu mempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim negara selain kekal komited untuk berdaya saing selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Pada majlis itu, seramai 30 pelatih terdiri daripada 11 pegawai dan 19 anggota lain-lain pangkat dari pelbagai cawangan menerima pemakaian lencena kepakaran kapal selam. —  DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...