Tiga Syarikat Pencabar Utama Persaingan Bekal Kapal Multi Role Support Ship (MRSS) Pada TLDM
Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa pada ketika ini, terdapat tiga syarikat pembuat kapal antarabangsa berada dihadapan persaingan untuk membekalkan kapal MRSS yang amat diperlukan oleh TLDM itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan tender bagi perolehan kapal-kapal Multi Role Support Ship (MRSS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangkakan dibuka oleh Kementerian Pertahanan Oktober ini, persaingan di antara syarikat-syarikat yang menunjukkan minat untuk membekalkannya juga adalah semakin sengit.
Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa pada ketika ini, terdapat tiga syarikat pembuat kapal antarabangsa berada dihadapan persaingan untuk membekalkan kapal MRSS yang amat diperlukan oleh TLDM itu.
“Pada ketika ini, persaingan adalah sengit dengan syarikat-syarikat — Hyundai Heavy Industries (HHI) daripada Korea Selatan, Fincantieri daripada Itali dan PT PAL daripada Indonesia dikenalpasti sebagai frontliner dalam persaingan itu,” menurut sumber itu.
Ketiga-tiga syarikat pembuat kapal itu telah pun mengemukakan model kapal MRSS mereka kepada TLDM yang telah pun memaklumkan kepada mereka tentang keperluan yang mereka mahukan dalam sesebuah kapal MRSS milik TLDM.
Antara keperluan dimahukan oleh TLDM termasuklah panjang kira-kira 150 meter dan berat kira-kira 10,000 tan.
Kementerian Pertahanan Malaysia dijangka akan membuka tender perolehan dua buah kapal MRSS pada Oktober tahun ini.
Perolehan dua buah kapal MRSS untuk TLDM itu merupakan inisiatif utama (key initiatives) dibawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang akan bermula tahun depan sehingga tahun 2030.

Kapal ketiga MRSS milik TLDM itu dijangka diperolehi pada tempoh RMK-14 (2031-2035).
Perolehan strategik kapal-kapal MRSS itu yang sudah tertangguh beberapa kali bertujuan memperkukuhkan lagi keupayaan TLDM serta meningkatkan lagi infrastruktur pertahanan maritim negara.
Kapal MRSS direka untuk melaksanakan pelbagai tugasan di lautan, termasuk sokongan logistik, bantuan perubatan, operasi mencari dan menyelamat serta penempatan pasukan-pasukan tentera.
Panglima TLDM sebelum ini, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob pernah berkata bahawa keperluan kapal-kapal MRSS adalah amat penting.
“Dengan kedudukan geografi negara yang terbahagi kepada dua wilayah dan dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan jarak terdekat sejauh 568.42 kilometer, kita memerlukan platform sebegini bagi bantuan logistik dan mengukuhkan keperluan.”
Hyundai Heavy Industries (HHI), sebuah syarikat pembina kapal dan kejuruteraan luar pesisir terkemuka dunia dari Korea Selatan telah dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini akan menawarkan kapal MRSS seberat 10,000 tan yang telah diubahsuai (customised) mengikut keperluan TLDM — berdasarkan kepada rekabentuk asasnya (base model) kapal MRSS HDL-13000 keluaran HHI.
Memiliki panjang keseluruhan di antara 130 hingga 150 meter, kapal MRSS keluaran syarikat pembina kapal Korea Selatan itu berkemampuan mencapai kelajuan pelayaran di antara 11 hingga 14 knot, menjadikannya berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan pelbagai misi dalam keadaan persekitaran maritim yang amat mencabar.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem navigasi dan komunikasi dalaman (ICS) yang bersepadu dan canggih, sistem kawalan tempur dan persenjataan bagi membolehkannya beroperasi dengan cekap dan selamat dalam situasi aman dan konflik.
Bagi sistem persenjataannya pula, kapal MRSS keluaran Hyundai Heavy Industries yang ditawarkan kepada Malaysia itu menampilkan meriam utama berkaliber 57mm atau 76mm.
Jika mengikut maklumat tentang base model HDL-13000, kapal MRSS itu berkemampuan melaksanakan misi-misi amfibia, dengan membawa sehingga 16 buah kereta kebal utama, enam buah kereta perisai pelbagai guna serta ratusan anggota tentera yang lengkap bersenjata.
Manakala di dek penerbangan kapal MRSS itu pula, ia boleh menempatkan sehingga tiga buah helikopter untuk menyokong operasi kapal terbabit.


Sebuah lagi syarikat pembuatan kapal yang bersaing hebat untuk menawarkan kapal-kapal MRSS untuk memenuhi keperluan TLDM adalah PT PAL daripada Indonesia.
Syarikat PT PAL yang berpangkalan di Surabaya itu amat berpengalaman dalam membina kapal-kapal MRSS untuk Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) serta beberapa tentera laut negara-negara asing.
Ia termasuklah kapal-kapal MRSS/Landing Platform Dock kelas-Makassar milik TNI-AL dan Landing Platform Dock BRP TARLAC milik Tentera Laut Filipina.
PT PAL dikatakan menawarkan kapal MRSS/LPD kelas-Makassar yang memiliki berat 12,000 tan untuk memenuhi keperluan kapal MRSS TLDM.
Kapal MRSS/LPD kelas Makassar dibina oleh PT PAL Indonesia adalah kapal serbaguna dengan keupayaan melaksanakan operasi amfibi, pengangkutan logistik, serta bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR).
Kapal ini mempunyai panjang antara 122 hingga 125 meter, lebar 22 meter, serta berat sekitar 12,000 tan.

Why does TLDM needs more SHIPS when the ones they ordered have NOT BEEN DELIVERED? It WAS WAY OVERDUE .. DON’T KNOW WHEN THIS ORDER WILL BE DELIVERED… NO GUERANTEE TO THE AVAILABILITY OF BUDGET ALLOCATED – IT MAY BE LOST WHILE IN TRANSIT…
TLDM should not dream to have equipments THEY NEED WHEN THEY DON’T HAVE THE HONEST POEPLE TO OVERSEE THE PURCHASES ..SIGH ..
OBVIOUSLY..THERE IS A DIFFERENCE BTW
WHAT THEY NEED & WHAT THEY WANT..
STOP DREAMING …