Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiga Buah Kapal LMS Batch 2 Milik TLDM Dilengkapi Peluru Berpandu Anti-Kapal “ATMACA”

Peluru berpandu “ATMACA” dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN memiliki panjang di antara 4.3 meter hingga 5.2 meter dan berat 750 kg itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km, berbanding hanya 130km bagi peluru berpandu anti-kapal “Harpoon Block II” keluaran Amerika Syarikat.

0 5,986

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Indonesia dengan memilih peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” menerusi perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 yang akan dibina oleh syarikat  Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) daripada Turkiye.

Dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN, peluru berpandu “ATMACA” itu berkeupayaan membedil sasaran sejauh 250km.

Menurut pengurus besar STM Ozger Guleryuz dalam satu kenyataan berkata pembinaan dan kelengkapan kapal-kapal LMS Batch 2 itu akan dilaksanakan dalam negara Mediterranean itu, melibatkan kerjasama yang erat dengan pelbagai syarikat dari sektor pertahanan Turkiye.

Beliau berkata pembinaan kapal-kapal LMS Batch 2 itu akan dimulakan tahun ini, dan STM menyasarkan untuk menghantar ketiga-tiga kapal perang itu kepada TLDM  dalam tempoh 3.5 tahun.

Kapal-kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu akan dibina berdasarkan reka bentuk kapal korvet kelas-ADA, yang telah menunjukkan kebolehpercayaan dan keberkesanannya di perairan antarabangsa.

Kapal-kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu kata Guleryuz,  akan diintergrasikan dengan sistem termaju yang dibangunkan oleh kira-kira 50 syarikat, termasuk nama-nama terkemuka seperti ASELSAN, HAVELSAN, dan ROKETSAN.

Turkiye
Pengurus Besar STM Ozgur Guleryuz

 

Kapal LMS Batch 2 itu akan dilengkapi dengan sistem senjata canggih, penderia, serta sistem arahan dan kawalan, yang membolehkan TLDM elaksanakan pelbagai misi dengan berkesan.

“STM, dalam peranannya sebagai kontraktor utama, akan bekerjasama dengan sektor pertahanan Turki untuk peralatan seperti Sistem Pengurusan Pertempuran; Sistem Kawalan Tembakan yang akan dibekalkan oleh HAVELSAN; serta Radar Carian 3D, Radar Kawalan Tembakan, IFF, Gun 30mm, Sistem ESM dan Chaff Decoy, serta penderia elektronik lain, yang akan dibekalkan oleh ASELSAN.”

“ROKETSAN akan membekalkan Sistem Peluru Berpandu Permukaan-ke-Permukaan ATMACA.”

Guleryuz berkata kapal-kapal LMS Batch 2 itu boleh ditugaskan dengan pelbagai tugas termasuk Peperangan Anti-Permukaan (ASUW), Peperangan Anti-Udara (AAW), Peperangan Asimetri (ASYW), dan Peperangan Elektronik (EW), menggunakan keupayaan Sensor dan Weapons Suite dan Sistem Perintah dan Kawalan yang paling canggih.

Peluru berpandu “ATMACA” yang memiliki panjang di antara 4.3 meter hingga 5.2 meter dan berat 750 kg itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km, berbanding hanya 130km bagi peluru berpandu anti-kapal “Harpoon Block II” keluaran Amerika Syarikat.

Manakala peluru berpandu anti-kapal “Exocet Block III” pula berkemampuan membedil sasaran laut sejauh 200km.

Turkiye

 Untuk panduan, sistem peluru berpandu anti-kapal keluaran Turkiye itu menggunakan panduan Inertial Navigation System (INS) dan Global Positioning System (GPS).

Menurut ROKETSAN, peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” mampu beroperasi secara autonomous, radar cross-section (RCS) yang rendah, boleh beroperasi dalam semua keadaan cuaca dan berkemampuan berhadapan dengan pelbagai sistem countermeasures.

Ia juga mendakwa “ATMACA” berkemampuan merangka pelan misi secara 3D, selain target update  dan mission-abort menerusi datalink.

“ATMACA” telah dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN sejak 10 tahun lalu tetapi hanya didedahkan kepada awam pada 2019. 

Pada tahun 2023, Turkiye menyatakan bahawa ia akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang digunakan oleh 11 buah kapal perangnya dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” dibangunkan oleh ROKETSAN.

Tindakan negara Mediterranean untuk memastikan ia berdikari dalam pembuatan sistem dan komponen pertahanan miliknya sendiri.

Atmaca
“ATMACA”

 

Peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan “ATMACA” itu akan menggantikan lebih 350 buah peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang telah berusia, dengan kerja-kerja integrasi peluru berpandu anti-kapal tempatan dijangka selesai dilaksanakan pada 2027.

Turkiye dijangka dalam menjimatkan kira-kira US$500 juta (RM2.25 bilion) dengan menggantikan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” buatan tempatan itu.

Kos peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” itu dikatakan hanya separuh berbanding kos perolehan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon.”

Pada akhir Januari tahun ini,  Indonesia dilapor telah memberikan kontrak kepada syarikat tempatannya, PT Republik Defensindo untuk memperolehi 45 buah peluru berpandu anti-kapal ‘Atmaca” buatan syarikat Roketsan daripada Turkiye. — DSA

 

Comments
Loading...