Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

31 Anak Kapal HTMS Sukhotai Masih Hilang, Usaha Mencari Diperhebat

Hanya 75 daripada 106 anak kapal perang yang malang itu berjaya diselamatkan ketika HTMS Sukhotai yang berusia 36 tahun itu karam pada 11.30 malam Ahad lepas kira-kira 20 batu daripada Bang Saphan di wilayah Prachuap Khiri Khan di tengah Thailand.

0 1,008

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua hari selepas kapal korvet Tentera Laut Diraja Thailand “HTMS Sukhotai” (FS-442) karam dalam keadaan cuaca buruk di Teluk Siam, 31 orang anak kapalnya masih belum lagi ditemui dan dikategorikan sebagai hilang.

Hanya 75 daripada 106 anak kapal perang yang malang itu berjaya diselamatkan ketika HTMS Sukhotai yang berusia 36 tahun itu karam pada 11.30 malam Ahad lepas kira-kira 20 batu daripada Bang Saphan di wilayah Prachuap Khiri Khan di tengah Thailand.

Usaha-usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga kini melibatkan pelbagai aset laut dan udara pihak Thailand.

Menurut pihak Tentera Laut Diraja Thailand, kesemua anak-anak kapal perang yang masih hilang itu dipercayai memakai jaket keselamatan dan berada di sekitar lokasi kejadian termasuk di beberapa pulau berhampiran.

Awal hari ini, pihak media tempatan di negara itu mengatakan seramai 10 orang mangsa telah ditemui tetapi ia dinafikan oleh pihak Tentera Laut Diraja Thailand.

HTMS Sukhotai

10 mangsa yang selamat dipercayai mangsa sebuah kapal komersial yang turut tenggelam berhampiran lokasi kejadian akibat cuaca buruk .

Kapal korvet kelas-Ratanakosin berusia 36 tahun itu dibina di Amerika Syarikat tenggelam selepas kehilangan kuasa dan dinaiki air akibat ombak besar ketika berada kira-kira 20 batu daripada pelabuhan Bang Saphan, Prachuap Khiri Khan di tengah Thailand.

Ketika kejadian kapal perang terbabit sedang melakukan rondaan.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Thailand, ombak besar telah menyebabkan air memasuki kapal dan menyebabkannya kehilangan kuasa serta menyebabkan kapal itu condong.

Tentera Laut Diraja Thailand mengerah dua buah kapal friget, HTMS Bhumibol Adulyadej (FFG-471) dan HTMS Kraburi (FFG-457) serta landing platform dock HTMS Angthong (LPD-791) untuk membantu kapal HTMS Sukhothai yang sedang berada dalam keadaan kecemasan.

HTMS Sukhotai
Sebahagian daripada anak-anak kapal HTMS Sukhotai yang berjaya diselamatkan.

 

Bagaimana hanya kapal HTMS Kraburi yang berkemampuan menghampiri lokasi kejadian sebelum kapal korvet kelas-Ratanakosin itu tenggelam.

Tentera Laut Diraja Thailand turut mengerahkan dua buah helikopter milik ke lokasi kejadian.

HTMS Sukhotai merupakan salah satu daripada dua buah kapal korvet kelas-Ratanakosin yang dibina oleh syarikat,Tacoma Boatbuilding Company daripada Amerika Syarikat,

Kapal pertama daripada kelas itu, HTMS Ratanakosin (FS-441) telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Thailand pada 1986 manakala HTMS Sukhotai pula ditauliahkan setahun selepas itu,

HTMS Sukhotai memiliki berat keseluruhah 960 tan manakala panjang pula adalah 76.8 meter.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kapal perang yang memiliki kombinasi persenjataan daripada Amerika dan British itu memiliki dua buah enjin marine diesel turbine buatan syarikat MTU daripada Jerman yang membolehkan ia belayar selaju 24 knot atau 18 knot (cruising).

Mengikut laporan kapal perang itu berkemampuan membawa 87 anak kapal termasuk pegawai dan lain-lain pangkat, tetapi ketika ia tenggelam di Teluk Siam HTMS Sukhotai membawa 106 anak kapal.

Kapal itu dilengkapi dengan pelancar quad peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” dan juga sistem pertahanan udara “Albatross” serta pelancar torpedo.– DSA

Comments
Loading...