Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Dedah Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana Buatan China Miliknya, FK-3

Sistem pertahanan udara FK3 itu digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi memberikan perlindungan terhadap sebarang ancaman udara di kawasan timur negara itu termasuk Pangkalan Laut Sattahip, Lapangan Terbang U-Tapao, Pelabuhan Laem Chabang serta kawasan perindustrian Map Ta Phut di wilayah Rayong dan Pattaya.

0 1,477

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Thailand telah mendedahkan kepada awam sistem pertahanan udara jarak sederhananya yang baru — FK3 – yang diperolehinya daripada Jiangnan Space Industry yang merupakan sebahagian daripada China Aerospace Science and Industry Corporation (CASIC).

Sistem pertahanan udara jarak sederhana FK3 itu sebenarnya telah memasuki perkhimatan Tentera Laut Thailand pada September 2022, tetapi ia baru sahaja didedahkan kepada awam baru-baru ini.

Sistem pertahanan udara FK3 itu digunakan oleh Air and Coastal Defense Command (ACDC) Tentera Laut Thailand bagi memberikan perlindungan terhadap sebarang ancaman udara di kawasan timur negara itu termasuk Pangkalan Laut Sattahip, Lapangan Terbang U-Tapao, Pelabuhan Laem Chabang serta kawasan perindustrian Map Ta Phut di wilayah Rayong dan Pattaya.

FK3
Sistem pertahanan udara FK3

 

Thailand dikatakan membelanjakan US$64 juta (RM256 juta) untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana buatan China itu.

FK3 adalah varian eksport kepada sistem pertahanan udara jarak sederhana HQ-22 yang dioperasi oleh Tentera China menggunakan semi-active radar homing/radio-command guidance dibangunkan dan dibina dalam negara.

Sistem pertahanan udara HQ-22 dibangunkan sebagai sistem generasi kedua kepada HQ-12.

Sistem pertahanan udara FK3 berupaya menangani sasaran udara sehingga 100km jauhnya dan boleh menembak jatuh sasaran bermula daripada altitud 50 meter sehingga 27km.

Peluru  berpandu FK3 yang dipandu ke sasaran menggunakan teknik semi-active radar guidance boleh menangani peluru-peluru berpandu balistik dan kruis, pesawat, helikopter dan pesawat tanpa pemandu.   

Thailand

Satu bateri sistem pertahanan udara FK-3 terdiri daripada sebuah kenderaan radar, tiga buah kenderaan pelancar peluru berpandu, dengan setiap sebuah kenderaan itu ilengkapkan dengan empat butir peluru berpandu.

Setiap sebuah bateri dilaporkan berkemampuan menangani enam sasaran secara serentak.

Sistem pertahanan udara FK3 itu seringkali dibandingkan dengan sistem pertahanan udara Patriot buatan Amerika Syarikat dan sistem pertahanan udara S-300/S-400 buatan Russia.

Walaupun jarak sistem pertahanan udara FK3 itu dilaporkan pendek berbanding S-300PMU-2, namun kemampuan Electronic Counter Measures (ECM) adalah lebih baik untuk menangani sasaran-sasaran halimunan pada jarak dekat.   

Thailand
Tentera Laut Thailand dengan sistem “Dzigit” yang dilengkapkan dengan sistem MANPADS “Igla”.

 

Pada ketika ini, selain Thailand negara-negara lain yang dilaporkan telah melengkapkan angkatan tentera mereka dengan sistem pertahanan udara jarak sederhana FK3 buatan China adalah Myanmar, Turkmenistan dan Serbia.

Pada tahun 2020, Serbia mengumumkan bahawa ia turut telah memperolehi sistem pertahanan udara FK3, menjadikan ia negara Eropah pertama membeli sistem pertahanan udara jarak sederhana dan jauh yang menggunakan sistem persenjataan buatan China.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Pada April 2022, beberapa pesawat pengangkut tentera China, Xian Y-20 mendarat di Belgrade untuk menyerahkan sistem pertahanan udara FK3 kepada Tentera Udara Serbia dan unit-unit pertahanan udara negara itu.

Pada 30 April 2022,  Kementerian Pertahanan Serbia telah menunjukkan gambar-gambar penerimaan sistem pertahanan udara buatan China itu. — DSA

 

Comments
Loading...