Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Thailand Beli 300 Butir Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “Javelin”

Pakej penjualan peluru berpandu anti-kereta kebal yang dibangunkan oleh syarikat usahasama antara Raytheon dan Lockheed Martin itu termasuklah 50 sistem pelancarnya dan pakej latihan untuk anggota tentera.

0 1,947

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia telah meluluskan penjualan 300 butir peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” FGM-148 kepada Thailand bernilai US$83.5 juta (RM350 juta).

Pakej penjualan peluru berpandu anti-kereta kebal yang dibangunkan oleh syarikat usahasama antara Raytheon dan Lockheed Martin itu termasuklah 50 sistem pelancarnya dan pakej latihan untuk anggota tentera.

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat lagi, penjualan kepada Thailand adalah untuk menggantikan sistem recoiless rifle 106mm yang sedang digunakan oleh anggota tentera negara itu.

Ia juga bertujuan meningkatkan kemampuan anti-kereta kebal tentera Thailand serta interoperability dengan tentera Amerika Syarikat semasa latihan serta operasi bersama.

Pengumuman itu telah dilakukan di dalam laman web Defense Security Cooperation Agency, tetapi ia tidak bermakna bahawa proses penjualan itu sudah muktamad kerana ia masih perlu dibawa ke peringkat Kongress Amerika Syarikat untuk kelulusan.

 

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” ini telah digunakan secara meluas oleh tentera Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq.

Lebih daripada 25,000 peluru berpandu dan 6,000 sistem pelancarnya telah dijual kepada pelanggannya daripada seluruh dunia.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” ini terdiri daripada Command Launch Unit (CLU) dan peluru berpandunya yang menggunakan konsep “fire and forget.”

Apabila dilancarkan, peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” ini boleh membedil sasaran sejauh 2,500 meter.

Javelin

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...