Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

HMS Queen Elizabeth, CSG21 Berada Hampir Dengan Scarborough Shoal – OSINT

Kapal-kapal perang asing itu dipercayai sebahagian daripada CSG21, dengan kapal pengangkut pesawat British itu juga dipercayai berada berhampiran Scarborough Shoal.

0 2,928

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pemerhati OSINT (Open Source Intelligence) yang memantau pelayaran HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal Carrier Strike Group 2021 (CSG21) di Laut China Selatan telah  mengesan beberapa kapal perang asing kini berada berhampiran dengan Scarborough Shoal, yang didakwa oleh Beijing sebagai miliknya.

Kapal-kapal perang asing itu dipercayai sebahagian daripada CSG21, dengan kapal pengangkut pesawat British itu juga dipercayai berada berhampiran Scarborough Shoal.

Menurut pemerhati OSINT menerusi Twitter handle-nya @lobsterlarryliu, imej-imej satelit komersial yang dicerap menunjukkan kehadiran beberapa kapal asing berhampiran Pulau Huangyan (nama yang diberikan oleh China kepada Scarborough Shoal).

Beliau percaya kapal-kapal asing itu merupakan sebahagian daripada CSG21.

Semalam, kerajaan China menerusi akhbar rasminya, Global Times telah mengeluarkan amaran sekali lagi kepada HMS Queen Elizabeth dan CSG21 supaya tidak menceroboh “perairan miliknya di pulau-pulau buatan manusia itu.”

 

“Kami memberi amaran yang keras kepada kumpulan ini (HMS Queen Elizabeth dan CSG21) bahawa mereka perlu mematuhi peraturan dan mengikuti laluan perkapalan antarabangsa sedia ada dan kekal menjauhi jarak 12 batu nautika daripada pulau-pulau dan terumbu karang milik China itu.”

Sudah pasti amaran itu turut meliputi Scarborough Shoal atau dipanggil oleh Manila, “Bajo de Masinloc” atau “Panatag”.

Scarborough Shoal merupakan batuan yang terletak ditengah-tengah Laut China Selatan, hanya kira-kira 120 batu nautika daripada Pulau Luzon,Filipina dan terletak di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina.

HMS
Kredit @WBWhiskeyBravo

 

Sebelum 2012, Scarborough Shoal itu ditadbir oleh Filipina tetapi selepas itu Beijing telah menghantar kapal-kapal pengawal pantainya dan bot-bot nelayan “militia maritim” untuk “menawan” batuan itu.

Sejak daripada tahun 2012, Scarborough Shoal sentiasa dikawal oleh kapal-kapal pengawal pantai China dan mana-mana kapal atau bot nelayan Filipina yang cuba menghampirinya akan dihalau oleh mereka.

Pada 2016, Tribunal Antarabangsa di The Hague menolak dakwaan China bahawa ia adalah pemilik kawasan perairan di sekitar Scarborough Shoal tetapi keputusan itu tidak dipedulikan oleh Beijing yang terus-menerus menempatkan kapal-kapalnya di situ.

Sementara itu imej satelit komersial turut menunjukkan sebuah kapal selam milik China sedang berlayar di permukaan Laut China Selatan.

Bagaimanapun,tidak diketahui lokasi sebenar pelayaran kapal selam itu.

kapal selam
Kapal selam China di permukaan Laut China Selatan (kredit @lobsterlarryliu)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...