Tentera Udara Pakistan Lebih Maju “12-14 Tahun” Berbanding India Berikutan Pemilikan Pesawat Pejuang FC-31
Menurut bekas pegawai kanan Tentera Udara Pakistan Komodor Udara (B) Zia Ul Haque Shamshi, dengan perolehan pesawat pejuang FC-31 "Gyrfalcon" itu Tentera Udara Pakistan akan mempunyai kelebihan terhadap Tentera Udara India di antara tempoh 12 hingga 14 tahun.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Keputusan Pakistan untuk memperolehi pesawat pejuang generasi kelima buatan China, FC-31 “Gyrfalcon” akan memberikan kelebihan kepada tentera udara negara itu daripada segi kemampuan kuasa udaranya berbanding kemampuan dimiliki oleh “musuh” tradisinya, India.
Menurut bekas pegawai kanan Tentera Udara Pakistan Komodor Udara (B) Zia Ul Haque Shamshi, dengan perolehan pesawat pejuang FC-31 “Gyrfalcon” itu Tentera Udara Pakistan akan mempunyai kelebihan terhadap Tentera Udara India di antara tempoh 12 hingga 14 tahun.
“India tidak dijangkakan akan memperolehi kemampuan pesawat pejuang generasi kelima dalam tempoh itu (12 hingga 14 tahun), sekaligus memberikan kelebihan strategic kepada Tentera Udara Pakistan,” kata beliau.
Awal tahun ini, Tentera Udara Pakistan memberikan bayangan bahawa ia akan memperolehi pesawat pejuang halimunan generasi kelima FC-31 “Gyrfalcon” yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa China, Shenyang Aircraft Corporation.
Ketua Staf Tentera Udara Pakistan, Marshal Udara Zaheer Ahmed Baber Sidhu dilaporkan berkata dalam satu majlis awal tahun lali bahawa pesawat FC-31 buatan itu akan memasuki perkhidmatan tentera udara negara “tidak lama lagi.”
“Rundingan telah pun diadakan bagi membolehkan perolehan pesawat FC-31, yang akan menjadi sebahagian daripada Tentera Udara Pakistan tidak lama lagi,” kata beliau pada majlis terbabit.

Baru-baru ini, media-media Pakistan melaporkan bahawa Tentera Udara Pakistan telah pun menghantar kumpulan juruterbangnya untuk menjalani latihan menerbangkan pesawat pejuang generasi kedua buatan China itu, FC-31.
FC-31 adalah pesawat pejuang kedua buatan China selepas J-20 “Mighty Dragon” yang tidak dieksport dan hanya digunakan oleh Tentera Udara China sahaja.
Perolehan pesawat pejuang halimunan generasi kelima FC-31 itu akan hanya menambah pegangan pesawat-pesawat pejuang China dalam inventori Tentera Udara Pakistan selepas memperolehi negara itu turut memiliki pesawat-pesawat pejuang J-10 C dibangunkan oleh China dan juga JF-17 yang dibangunkan secara bersama oleh Islamabad dan juga Beijing.
Kenyataan oleh media-media Pakistan bahawa tentera udara negara itu telah mula menghantar juruterbangnya ke China untuk menerbangkan pesawat pejuang FC-31, membuktikan bahawa negara Asia Selatan itu sememangnya sedang menuju ke arah pemilikan pesawat pejuang generasi kelima.
Comments are closed.