Tentera Udara India Kehilangan 534 Pesawat, 152 Juruterbang Terbunuh Akibat Kemalangan Sejak 30 Tahun Lalu

Data tersebut yang diperolehi oleh seorang penganalisis menerusi arkib pertanyaan dan jawapan Palimen India, yang sekaligus membuktikan cabaran dihadapi oleh Tentera Udara India dalam memastikan keselamatan operasional dalam keadaan armada pesawat-pesawatnya berhadapan dengan masalah aset-asetnya yang sudah usang.

Sejak 30 tahun yang lalu, Tentera Udara India telah kehilangan 534 buah pesawat terdiri daripada pelbagai jenis termasuk pesawat pejuang menerusi pelbagai kemalangan termasuk terhempas sehingga menyebabkan 152 juruterbang terbunuh.
Ia adalah suatu rekod yang amat buruk kepada sebuah tentera udara mana-mana negara di dunia.
Data tersebut yang diperolehi oleh seorang penganalisis menerusi arkib pertanyaan dan jawapan Palimen India, yang sekaligus membuktikan cabaran dihadapi oleh Tentera Udara India dalam memastikan keselamatan operasional dalam keadaan armada pesawat-pesawatnya berhadapan dengan masalah aset-asetnya yang sudah usang.
Data yang dikumpul oleh penganalisis tersebut, Anchit Gupta menunjukkan bahawa Tentera Udara India kehilangan 534 buah pesawat sepanjang 30 tahun itu terdiri daripada pesawat pejuang, pesawat latihan, helikopter dan pesawat pengangkut.
Menurutnya, kebanyakkan kemalangan membabitkan 534 buah pesawat itu berlaku pada 1990-an, apabila Tentera Udara India kehilangan di antara 20-30 pesawat setiap tahun terutamanya pesawat pejuang MiG-21 Bison yang digelar juruterbang sebagai “keranda terbang.”
Istilah “keranda terbang” atau “flying coffin” sering digunakan untuk merujuk kepada pesawat MiG-21 Tentera Udara India kerana reputasi buruknya berkaitan dengan kadar kemalangan yang tinggi sepanjang dekad operasi pesawat ini.
MiG-21 merupakan pesawat pejuang generasi kedua era Soviet yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1959.

India

 India mula mengoperasikannya pada awal 1960-an. Dengan reka bentuk lama dan sistem avionik asas, ia tidak menepati standard keselamatan moden.
Walaupun India pernah menaik taraf beberapa MiG-21 kepada varian Bison dengan radar dan sistem senjata lebih moden, kerangka asasnya tetap pesawat 1960-an.
Masalah alat ganti, keusangan struktur dan ketidakupayaan menampung beban misi kontemporari juga menambah risiko teknikal.
Pesawat pejuang MiG-21 pernah menjadi tulang belakang pertahanan udara India dan memainkan peranan penting dalam konflik seperti Perang India-Pakistan 1971.
Namun, usia lanjutnya — lebih 60 tahun — menyebabkannya digelar sebagai ‘keranda terbang’ kerana kos nyawa yang dibayar bagi mengekalkan aset lapuk ini dalam inventori operasi Tentera Udara India.
Pada ketika ini, Tentera Udara India masih memiliki di antara 30 hingga 20 buah pesawat pejuang MiG-21, tetapi bilangan pesawat pejuang yang kini memasuki usia 60 tahun.
Beberapa hari lalu, dua juruterbang Tentera Udara India terkorban apabila pesawat pejuang latihan SEPECAT Jaguar yang mereka terbangkan terhempas di sebuah kawasan sawah padi di daerah Churu, Rajasthan, sekali gus menonjolkan risiko operasi akibat kebergantungan India terhadap pesawat-pesawat pejuang berusia.

India

Menurut sumber polis tempatan, pesawat pejuang malang itu terhempas di Kampung Bhanoda sekitar jam 1.25 petang, sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu tentang tahap kebolehgunaan pesawat legasi tersebut.
“Pesawat Latihan Jaguar IAF terlibat dalam satu kemalangan semasa menjalankan misi latihan rutin dan terhempas berhampiran Churu di Rajasthan hari ini. Kedua-dua juruterbang mengalami kecederaan maut dalam kemalangan itu. Tiada kerosakan pada harta benda awam dilaporkan,” kata Tentera Udara India dalam hantaran rasmi di akaun X miliknya.
Dalam kenyataan susulan, pihak Tentera Udara India berkata mereka “sangat kesal” dengan kehilangan nyawa ini dan telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca nahas tragis berkenaan.
Ini merupakan kemalangan ketiga melibatkan pesawat pejuang berusia, SEPECAT Jaguar milik Tentera Udara India bagi tahun ini sahaja, selepas dua insiden terdahulu — satu berhampiran Ambala pada bulan Mac dan satu lagi dekat Jamnagar pada bulan April — yang sekali gus menonjolkan “tahap keusangan” armada pesawat pejuang Jaguar India.
Menurut pangkalan data Aviation Safety Network yang diiktiraf di peringkat global, sekurang-kurangnya 12 pesawat Jaguar Tentera Udara India telah terhempas dalam tempoh sedekad lalu, menjadi peringatan jelas betapa sukarnya mengoperasikan pesawat era Perang Dingin ini dalam persekitaran moden.
Pesawat pejuang berusia, SEPECAT Jaguar mula diperkenalkan ke dalam perkhidmatan Tentera Udara India pada 1979 melalui perjanjian bernilai USD 1 bilion (kira-kira RM4.7 bilion pada ketika itu), dan sehingga kini masih menjadi komponen penting keupayaan serangan nuklear India — faktor utama yang menghalang pesawat ini daripada dilupuskan sepenuhnya walaupun sudah berdekad berkhidmat.
Direka sebagai pesawat serangan supersonik altitud rendah, pesawat SEPECAT Jaguar dilengkapi enjin berkembar Rolls-Royce Turbomeca Adour serta reka bentuk sayap konvensional yang suatu ketika dahulu memberikan Tentera Udara India kelebihan dalam misi serangan taktikal jarak jauh termasuk peranan penghantaran senjata nuklear.
Negara-negara seperti Britain, Perancis, Oman, Ecuador, Nigeria dan lain-lain yang pernah mengoperasikan Jaguar telah lama menamatkan perkhidmatan pesawat ini — dengan banyak kerangka pesawatnya kini dipamerkan di muzium udara — tetapi India kekal sebagai satu-satunya negara di dunia yang masih mengoperasikan Jaguar secara aktif.
Realiti ini berpunca daripada kelewatan pembelian pesawat pejuang baharu serta kekurangan berterusan skuadron-skuadron pesawat pejuang, yang kini merosot daripada kekuatan yang diluluskan oleh kerajaan India sebanyak 42.5 skuadron kepada hanya sekitar 30 skuadron aktif pada masa ini.
Kekurangan ini semakin rumit dengan kegagalan program penggantian pesawat-pesawat pejuang buatan tempatan.
Pesawat HAL Tejas Mk2, yang sepatutnya menjadi tunjang menggantikan Jaguar dan MiG-21 Bison, terus berdepan kelewatan serta pelbagai masalah berkaitan pembangunan, menyebabkan perancang IAF kekurangan alternatif.
Program Multi-Role Fighter Aircraft (MRFA) yang diharapkan dapat menambah 114 pesawat pejuang baharu dengan nilai lebih USD 18 bilion (anggaran RM85 bilion) juga masih bergelut masalah di peringkat Request For Proposal tanpa sebarang perkembangan nyata.
Menurut laporan International Institute for Strategic Studies (IISS) The Military Balance 2024, IAF masih mengoperasikan kira-kira 115 pesawat Jaguar, termasuk 28 Jaguar IB untuk latihan, 79 Jaguar IS varian serangan satu tempat duduk, dan lapan Jaguar IM versi maritim.
Dengan setiap dekad berlalu, India terus membelanjakan sumber yang besar untuk memanjangkan usia Jaguar melalui pelbagai program naik taraf.

Leave a Reply