Tentera Turkiye Mula Perolehi Kereta Kebal Utama Altay Pada Akhir 2025
Kereta kebal utama Altay dibangunkan firma pertahanan Turkiye, BMC Defense akan menyertai armada kereta kebal milik Angkatan Tentera Turkiye yang dianggarkan berjumlah 3,000 buah pada ketika ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Turkiye dilaporkan akan mula menerima kereta kebal utama Altay yang dibangunkan oleh industri pertahannya bermula pada akhir tahun depan, menurut Menteri Pertahanannya Yasar Guler.
Kereta kebal utama Altay akan menyertai armada kereta kebal milik Angkatan Tentera Turkiye yang dianggarkan berjumlah 3,000 buah pada ketika ini.
Kereta kebal utama Altay itu dibangunkan oleh firma pertahanan negara Mediterranean itu, BMC Defense.
BMC Defense adalah syarikat 100 peratus milik Turkiye dan memiliki Hak Harta Intelek (Intelectual Property Rights) terhadap kereta kebal utama Altay dan enjinnya buatan tempatannya yang bakal dihasilkan di kilang milik Presidency of Defense Industries (SSB).
Untuk fasa pertama, syarikat BMC Defense akan menghasilkan 250 buah kereta kebal utama “Altay” di kemudahan syarikat terbabit di Ankara yang akan menghasilkan lapan buah kereta kebal utama itu dalam sebulan, menurut pengurus besar syarikat itu, Mehmet Karaaslan.
Secara keseluruhannya, syarikat BMC akan menghasilkan 1,000 kereta kebal “Altay” untuk Tentera Darat Turkiye.
Ringkasan Artikel:
Tentera Turkiye akan menerima kereta kebal utama Altay, yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan tempatan, BMC Defense, mulai akhir tahun depan. Kereta kebal ini adalah sebahagian daripada rancangan besar-besaran untuk memperkukuh armada tentera darat Turkiye yang kini memiliki 3,000 kereta kebal.
Altay dilengkapi teknologi canggih, termasuk meriam 120mm dengan jarak tembakan sejauh 8km, mesingan berat 12.7mm, dan keupayaan membawa 40 peluru. Sistem armor komposit dan reaktif direka oleh ROKETSAN, memberikan perlindungan maksimum terhadap ancaman moden seperti peluru APFSDS dan warhead tandem. Sistem perlindungan aktif AKKOR juga dipasang untuk melindungi daripada roket dan peluru berpandu anti-armor.
Produksi besar-besaran Altay bermula Jun lalu dengan rancangan pengeluaran awal 250 unit dan sasaran jangka panjang sebanyak 1,000 unit. Altay juga disesuaikan untuk memenuhi keperluan peperangan moden, dengan kebanyakan komponennya dilokalisasikan untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing teknologi pertahanan Turkiye.