Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Singapura Mula Operasi USV Untuk Kawal Perairan, Pantau Ancaman Maritim

Tentera Laut Singapura memperolehi empat buah USV itu daripada pihak tidak dinyatakan, dengan tiga daripada USV itu diterima oleh republik itu pada akhir tahun lepas dan mula beroperasi memantau perairan republik itu pada akhir Januari 2025.

1 7,698
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Singapura telah mula mengoperasikan Unmanned Surface Vessel (USV) dipanggil “USV MARSEC (Maritime Security)” untuk mengawal sempadan maritim negara itu bermula pada bulan lepas.
Tentera Laut Singapura memperolehi empat buah USV itu daripada pihak tidak dinyatakan, dengan tiga daripada USV itu diterima oleh republik itu pada akhir tahun lepas.
“Misi USV merangkumi pemantauan laluan laut di sekitar Singapura, mengiringi kapal bernilai tinggi, dan menyiasat ancaman maritim yang berpotensi.”
Setiap daripada USV itu memiliki panjang keseluruhan 16.9 meter dan boleh meluncur selaju 25 knot atau kira-kira 50km sejam serta beroperasi berterusan tanpa memerlukan bekalan tambahan selama 36 jam.
Berat keseluruhan USV milik Tentera Laut Singapura itu adalah 30 tan.
“USV milik Tentera Laut Singapura itu berkemampuan melakukan navigasi otonomi (autonomous navigation) dengan bantuan radar dan kamera 360 darjah.”
USV MARSEC
USV MARSEC (Kredit Ministry of Defence, Singapore)
Aset Tentera Laut Singapura itu juga dilengkapi dengan Remote Weapon System (RWS) yang dikendalikan oleh manusia secara remote untuk melakukan tembakan amaran atau tembakan untuk mematikan pergerakan jika diperlukan.
“Mengendalikan sistem senjata merupakan tindakan yang memerlukan kehadiran “manusia dalam rantaian kawalan” kerana ia melibatkan “keputusan manusia yang disengajakan,” kata Pegawai Memerintah Skuadron USV, Leftenan Kolonel Tan Kailing sebagaimana dipetik oleh media tempatan.
Komander Armada Flotila Ke-6 Tentera Laut Singapura Kolonel (COL) Thung Yee Meng berkata bahawa USV MARSEC adalah “yang pertama” bagi tentera laut Singapura dari segi tahap autonomi yang dimilikinya.
Beliau juga berkata bahawa pembangunan teknologi tanpa pemandu oleh tentera laut ini merupakan komitmen mereka terhadap inovasi bagi meningkatkan kecekapan operasi.
USV turut meningkatkan keupayaan Tentera Laut Singapura untuk memantau dan bertindak balas terhadap situasi di laut.
Dengan menyediakan “liputan berterusan” di Selat Singapura, kapal permukaan tanpa pemandu ini membolehkan kapal perang lain seperti Littoral Mission Vessel dikerahkan untuk melaksanakan misi yang lebih kompleks dan di kawasan yang lebih jauh dari Singapura, menurut Kementerian Pertahanan Singapura.
Singapura
USV MARSEC (Kredit Ministry of Defence, Singapore)
USV juga membolehkan tentera laut melaksanakan misi berisiko di laut secara jauh dan selamat.
USV ini boleh dikendalikan hanya oleh dua orang krew secara otonomi di stesen kawalan pesisir pantai.
Sebagai perbandingan, kapal-kapal Littoral Mission Vessel kelas-Independence Tentera Laut Singapura,  walaupun direka untuk beroperasi dengan pasukan yang kecil, memerlukan sekurang-kurangnya 23 orang krew.
USV milik Tentera Laut Singapura merupakan sistem yang inovatif kerana tahap otonominya yang tinggi di perairan sibuk Singapura.
Ciri otonominya yang tinggi itu dapat dicapai menerusi sistem pengesanan dan pengelakan pelanggaran yang canggih serta algoritma otonomi berasaskan peraturan untuk navigasi, kedua-duanya dibangunkan di Singapura oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Makmal Nasional DSO.
— DEFENCE SECURITY ASIA
1 Comment
  1. Rahmanpin says

    Singapore doesn’t have to wait for ages to receive their assets, unlike us.

Leave A Reply

Your email address will not be published.