Tentera Jerman Permoden Peluru Berpandu Kruis TAURUS, Jadikannya Lebih Berbahaya
Pemodenan peluru berpandu TAURUS itu akan meningkatkan dengan mendadak kemampuan sistem persenjataan stand-off Angkatan Tentera Jerman, dengan peluru berpandu TAURUS memainkan peranan penting dalam kemampuan deteren strategic Tentera Udara Jerman dan NATO.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Firma pertahanan Eropah, MBDA dengan kerjasama SAAB menerusi syarikat usahasama mereka TAURUS Systems GmbH telah menandatangani kontrak dengan Angkatan Tentera Jerman untuk memodenkan dan menyelenggaran peluru berpandu kruis TAURUS KEPD 350.
Ia juga akan memastikan kesiapsiagaan bagi memastikan peluru berpandu kruis itu (juga dipanggil sistem persenjataan stand-off) terus siap-siapa sehingga sekurang-kurangnya 2045.
Sistem peluru berpandu kruis itu akan menerima peningkatan teknologi bagi memenuhi tuntutan yang semakin tinggi terhadap sistem senjata moden.
“Komponen utama dalam kontrak ini adalah pemodenan menyeluruh peluru berpandu kruis TAURUS yang digunakan oleh Angkatan Tentera Jerman.”
“Selain penyelenggaraan, sistem ini akan menerima peningkatan teknologi bagi memenuhi keperluan yang semakin tinggi terhadap sistem senjata moden,” menurut kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Pemodenan peluru berpandu TAURUS itu akan meningkatkan dengan mendadak kemampuan sistem persenjataan stand-off Angkatan Tentera Jerman, dengan peluru berpandu TAURUS memainkan peranan penting dalam kemampuan deteren strategic Tentera Udara Jerman dan NATO.
Peluru berpandu kruis TAURUS merupakan peluru berpandu kruis Jerman-Sweden yang dibangunkan untuk serangan-serangan berketepatan tinggi terhadap sasaran diperkukuhkan dan strategik.
Peluru berpandu kruis TAURUS menggunakan fius “Programable Intelligent Multi-Purpose Fuze atau (PIMPF)”.
Menurut penganalisis tentera, penggunaan fius PIMPF oleh peluru berpandu TAURUS itu membolehkan peluru berpandu kruis terbabit membedil sasaran-sasaran seperti jambatan lebih tepat dan lebih berkesan.
Dibangunkan oleh Taurus Systems GmbH, yang merupakan syarikat usahasama di antara MBDA Deutschland dan Saab Bofors Dynamics.
Peluru berpandu kruis TAURUS telah mula beroperasi sejak 2006 dan digunakan oleh Germany, Spain dan Korea Selatan.
Memiliki ciri-ciri teknologi halimunan, peluru berpandu kruis TAURUS berkemampuan membedil sasaran sejauh 500km dan bersesuaian untuk digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang termasuk Eurofighter Typhoon, Tornado dan F-15K.
Peluru berpandu kruis TAURUS KEPD 350 ialah sistem peluru berpandu udara-ke-permukaan jarak jauh yang dibangunkan oleh TAURUS Systems GmbH, sebuah usaha sama antara Jerman dan Sweden.
Berikut adalah spesifikasi teknikal utama peluru berpandu ini:
-
Panjang: 5.1 meter
-
Diameter: 1.08 meter
-
Rentang Sayap: 2.064 meter
-
Berat: 1,400 kilogram
-
Kepala Peledak: 499 kilogram, jenis MEPHISTO dengan peledak berganda untuk penembusan perisai dan kubu yang diperkukuh
-
Enjin: Kipas turbo Williams P8300-15
-
Kelajuan: Antara Mach 0.8 hingga 0.95
-
Jarak: Melebihi 500 kilometer
-
Sistem Panduan: Menggabungkan Sistem Pemandu Arah Inersia (INS), GPS, Pemanduan Arah Berasaskan Imej (IBN), dan Sistem Pemetaan Kontur Permukaan (TERCOM) untuk navigasi tepat, walaupun dalam persekitaran tanpa isyarat GPS
Peluru berpandu ini direka untuk dilancarkan dari pelbagai platform udara seperti Eurofighter Typhoon, Tornado, Gripen, dan F/A-18.
Dengan kemampuan penembusan yang tinggi, TAURUS KEPD 350 sesuai untuk menyerang sasaran yang diperkukuh seperti bunker bawah tanah, jambatan, dan kemudahan ketenteraan penting lain. — DSA