Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Malaysia Peroleh 800 Unit Senjata Anti-Kereta Kebal M72 LAW-EC – Laporan

Tentera Darat Malaysia dilaporkan akan memperolehi kira-kira 800 unit senjata anti-kereta kebal M72 LAW-EC (Light Anti-Tank Weapon-Enhanced Capacity) untuk menggantikan senjata anti-kereta kebal, RPG-7  (Rocket Propelled Grenade).

0 1,347

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Malaysia dilaporkan akan memperolehi kira-kira 800 unit senjata anti-kereta kebal M72 LAW-EC (Light Anti-Tank Weapon-Enhanced Capacity) untuk menggantikan senjata anti-kereta kebal, RPG-7  (Rocket Propelled Grenade).

Menurut laporan portal pertahanan antarabangsa, Army Recognition, Tentera Darat Malaysia akan memperolehi senjata anti-kereta kebal itu daripada syarikat Nammo, yang akan digunakan oleh anggota 10 Briged Para.

Senjata anti-kereta kebal M72-LAW-EC merupakan varian terkini kepada senjata anti-kereta kebal M72 yang mula diperkenalkan pada tahun-tahun 1960-an.

Dikenali sebagai senjata anti-kereta kebal yang ringan dan mudah dibawa, ia dilengkapi dengan keupayaan untuk menembusi armor dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 200 meter dan hanya memiliki berat 2.5kg.

Senjata anti-kereta kebal itu turut menjadi pilihan kepada  35 buah Angkatan Tentera seluruh dunia termasuk Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Turkiye.

M72
M72 LAW-EC

 

Senjata anti-kereta kebal M72-LAW-EC adalah antara senjata anti-kereta kebal yang paling banyak digunakan, malah itu turut dihasilkan secara tempatan di beberapa negara termasuk Norway dan Amerika Syarikat.

Syarikat Nammo telah menaiktaraf kepada rekabentuk asal dengan mengaplikasikan pengubahsuaian terhadap pelancar, peledak dan fius.

Syarikat yang dimiliki oleh Norway dan Finland itu juga menyokong usaha kualifikasi Amerika Syarikat untuk varian senjata anti-kereta kebal yang boleh dilancarkan daripada kedudukan dalam bangunan termasuk bilik dan kubu-kubu dipanggil Fire-From-Enclosure” (FFE).

Varian FFE ini dipanggil M72 Anti-Armor (A8) dan M72 Anti-Structure Munition (A10) dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Amerika Syarikat.

Tentera Darat Malaysia menggunakan pelbagai senjata anti-kereta kebal dalam unit-unitnya, termasuk Carl Gustav 84mm, Instalaza C90, RPG-7 yang diperolehinya daripada Pakistan dan Saab Bofors AT4 yang digunakan oleh pasukan khasnya seperti Gerup Gerak Khas (GGK).

Senjata anti-kereta kebal M72-LAW-EC akan menambak baik keupayaan anti-kereta kebal Tentera Darat Malaysia untuk menangani ancaman kenderaan-kenderaan armor ringan, kubu-kubu pertahanan dan sasaran lain yang diperkukuhkan.

M72

M72

Perolehan oleh Tentera Darat Malaysia itu membuktikan komitmennya untuk memodenkan kemampuan pertahanannya dan memastikan anggota tenteranya dilengkapi dengan senjata-senjata moden untuk menangani ancaman dihadapinya.

Kontrak dengan Nammo adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk memperkukuhkan keupayaan ketenteraan Malaysia.

Selain ciri-ciri teknikal yang berkemampuan, senjata anti-kereta kebal M72 LAW-EC itu bertepataan kerana kemudahan pengoperasiannya dan ringannya, menjadikannya sangat sesuai untuk misi serangan pantas dan mobiliti tinggi yang biasa dilakukan oleh pasukan para dan pasukan khas sesebuah angkatan tentera.

Menurut Army Recognition, tender untuk perolehan senjata anti-kereta kebal ini akan ditutup pada akhir Julai 2024, dengan proses pemilihan menumpukan kepada prestasi senjata itu, kemudahan pengoperasiannya dan kesesuaian untuk dioperasikan dalam keadaan mencabar sebagaimana dihadapi oleh anggota tentera Malaysia. — DSA

Comments
Loading...