Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Malaysia, Pakistan Adakan Latihan Bersama Eksesais Harimau Markor di Pakistan

Eksesais Harimau Markor yang bermula pada 4 hingga 15 November itu berlangsung di National Counter Terrorism Centre (NCTC) di Pakistan itu memberikan fokus kepada Counter Terrorism Op in Jungle Environment.

0 7,346
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota tentera darat Malaysia dan Pakistan telah terlibat dalam latihan bersama dinamakan Eksesais Harimau Markor Siri 2/2024 yang diadakan di Pakistan baru-baru ini.
Eksesais Harimau Markor yang bermula pada 4 hingga 15 November itu berlangsung di National Counter Terrorism Centre (NCTC) di Pakistan itu memberikan fokus kepada Counter Terrorism Op in Jungle Environment.
Selain itu ia juga melibat perkongsian dari segi taktik, teknik dan prosedur (TTP) serta persekitaran bentuk muka bumi Pakistan.
“Eksesais Harimau Markhor Siri 2/2024 telah memberikan fokus kepada Counter Terrorism Op in Jungle Environment, selain perkongsian dari segi taktik, teknik dan prosedur (TTP) serta persekitaran bentuk muka bumi Pakistan.”
“Usaha ini tampak memberi impak yang positif dalam mengeratkan hubungan persahabatan kedua-dua buah negara dengan saling bertukar idea, ilmu dan kemahiran masing-masing,” menurut posting media sosial Tentera Darat baru-baru ini.
Harimau Markor
(gambar kredit FB Tentera Darat)
Harimau Markor
(gambar kredit FB Tentera Darat)

RINGKASAN:

Angkatan Tentera Darat Malaysia dan Pakistan telah melaksanakan Eksesais Harimau Markor Siri 2/2024 dari 4 hingga 15 November di National Counter Terrorism Centre (NCTC), Pakistan. Latihan ini menumpukan operasi memerangi keganasan di persekitaran hutan serta perkongsian taktik, teknik, dan prosedur (TTP) dalam konteks geografi Pakistan.

Latihan ini melibatkan penyertaan 5 pegawai dan 13 anggota LLP dari 5 Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) Malaysia serta 5 pegawai dan 28 anggota LLP dari 4 Light Commando Battalion (LCB) Pakistan. Turut serta ialah seorang Pegawai Evaluasi Doktrin dari pihak Malaysia.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Fazal Hj Abdul Rahman, bersama Panglima 23 Div Tentera Darat Pakistan, Maj Gen Muhammad Intikhab Alam, dengan kehadiran beberapa pegawai kanan termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan.

Eksesais ini memberi impak positif dalam mempererat hubungan antara kedua-dua negara melalui pertukaran idea, ilmu, dan kemahiran dalam operasi ketenteraan.

Latihan tentera bersama Malaysia dan Pakistan memberi impak yang positif dalam mengeratkan hubungan persahabatan kedua-dua buah negara dengan saling bertukar idea, ilmu dan kemahiran masing-masing.
Eksesais Harimau Markor itu melibatkan lima pegawai dan 13 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) termasuk seorang Pegawai Evaluasi Doktrin manakala Tentera Darat Pakistan diwakili oleh lima pegawai dan 28 anggota LLP dari 4 Light Commando Battalion (LCB).
Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia Mej Jen Datuk Fazal Hj Abdul Rahman telah hadir menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais Harimau Markor Siri 2/2024 bersama dengan Panglima 23 Div Tentera Darat Pakistan, Maj Gen Muhammad Intikhab Alam bertempat di National Counter Terrorism Centre (NCTC) pada 15 November lalu.
Harimau Markor
(gambar kredit FB Tentera Darat)
Harimau Markor
(gambar kredit FB Tentera Darat)
Panglima 2 Div dan delegasi TDM turut menyaksikan Demonstrasi Clearance of Stronghold.
Turut hadir pada majlis penutup adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan dan Penasihat Pertahanan Islamabad, Kolonel Noraripin Othman dan dan Pegawai Memerintah 5 RRD, Lt Kol Chai Kean Seng. — DSA

 

Comments
Loading...