Tentera Darat Indonesia Minat Peroleh Sistem Meriam Bergerak NORA-B52 155mm Buatan Serbia
Minat Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI AD) terhadap sistem meriam bergerak NORA-B52 155mm buatan Serbia itu adalah hasil susulan pemeteraian kerjaasama pertahanan di antara Indonesia dan Serbia baru-baru ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Indonesia dilapor menunjukkan minat kepada sistem meriam bergerak NORA-B52 155mm buatan Serbia, bagi menambah pegangan sistem meriam bergerak CAESAR yang sudah dimilikinya pada ketika ini.
Sistem meriam bergerak NORA-B52 155mm dibangunkan oleh Yugoimport SDPR, sebuah syarikat pertahanan milik kerajaan Serbia.
Minat tentera darat negara jiran terhadap sistem meriam bergerak NORA-B52 155mm buatan Serbia itu adalah hasil susulan pemeteraian kerjaasama pertahanan di antara Indonesia dan Serbia baru-baru ini.
Pemeteraian kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara itu juga bakal melihat Indonesia beberapa sistem pertahanan lain yang diperbuat oleh syarikat-syarikat pertahanan Serbia, yang sememangnya terkenal dengan penghasilan produk berkualiti tinggi.
Laporan media daripada negara jiran bagaimanapun tidak mendedahkan berapa unit sistem meriam bergerak itu NORA-B52 155mm yang bakal diperolehi.
Pada ketika ini, Indonesia memiliki 55 unit sistem meriam bergerak CAESAR 155 mm buatan Perancis.
