Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TD Mungkin Diberi UAV Percuma Hasil Pembelian “Yavuz” 155mm 52 Cal

Sumber yang mengesahkan kepada Defence Security Asia berkata, Tentera Darat berkemungkinan akan diberikan secara percuma 18 buah pesawat tanpa pemandu taktikal hasil daripada keputusanya untuk memperolehi sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal itu.

0 5,337

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagai sebahagian daripada pakej pembelian 18 buah meriam bergerak (self-propelled howitzer) “Yavuz” 155mm 52 cal buatan syarikat Turki, Tentera Darat berkemungkinan besar akan diberikan secara percuma sejumlah pesawat tanpa pemandu taktikal (tactical unmanned aerial vehicle – TUAV) untuk digunakan bersama-sama oleh sistem artilleri itu bergerak itu.

Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada Defence Security Asia berkata, Tentera Darat berkemungkinan akan diberikan secara percuma 18 buah pesawat tanpa pemandu taktikal hasil daripada keputusannya untuk memperolehi sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal itu.

Sistem meriam bergerak “Yavuz” itu dibangunkan oleh syarikat gergasi pertahanan Turki, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE).

Yavuz
Tentera Russia menggunakan UAV taktikal untuk mengesan sasaran bagi sistem artilerinya. (gambar hiasan)

 

“Tentera Darat dicadang menerima secara percuma sembilan buah sistem pesawat tanpa pemandu taktikal itu. Setiap satu sistem terdiri daripada dua buah pesawat tanpa pemandu, menjadikan keseluruhannya 18 buah pesawat tanpa pemandu beserta peralatan-peralatan sokongan yang lain.”

“Sistem pesawat tanpa pemandu taktikal itu akan digandingkan dengan “Yavuz” bagi memastikan sistem meriam bergerak itu dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan,” kata sumber terbabit kepada Defence Security Asia.

Menurut sumber itu lagi, sistem pesawat tanpa pemandu taktikal “Yavuz” 155mm 52 cal itu bakal dilengkapi dengan “fire control system” (FCS) bagi membolehkan ia melaksanakan misinya dengan berkesan.

Antara tugas-tugas utama yang bakal dilaksanakan oleh sistem pesawat tanpa pemandu taktikal itu adalah mendapatkan koordinat-koordinat sasaran dengan lebih tepat dan pantas, disamping melaksanakan “battle damage assessment” selepas serangan dilakukan.

Konflik Russia-Ukraine pada ketika ini menyaksikan kedua-dua pihak terutamanya Kiev menggunakan pesawat tanpa pemandu bersama-sama bateri sistem artillerinya bagi memastikan mereka mempunyai “eyes in the sky” untuk mengenalpasti dan membedil sasaran-sasaran di darat dengan lebih tepat.

Yavuz

“Sistem pesawat tanpa pemandu yang bergandingan dengan sistem artilleri akan membolehkan pengendali mengesan sasaran-sasaran yang cuba berselindung di bukit-bukit, di bangunan atau bawah-bawah pokok.”

“Mereka (sistem TUAV) juga dapat melihat dengan jelas di mana peluru-peluru artilleri itu meletup dan mengubahsuai koordinat bagi memastikan bedilan-bedilan seterusnya tepat mengenai sasaran,” menurut majalah Forbes yang membincangkan tentang penggunaan UAV oleh unit-unit artileri Ukraine.

Menurut majalah itu lagi, terdapat banyak bukti yang menunjukkan kombinasi merbahaya di antara sistem artilleri dan TUAV di Ukraine dan ia akan berterusan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.

Beberapa hari lepas, sumber mengesahkan kepada Defence Security Asia bahawa Kementerian Pertahanan telah menyatakan hasratnya menerusi Letter of Intent (LOI) untuk memperolehi 18 buah sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal bagi memenuhi keperluan Tentera Darat.

Kesemua 18 buah meriam bergerak itu bersama-sama kenderaan dan peralatan sokongannya dianggarkan bernilai RM800 juta.

Yavuz

Syarikat tempatan dikenali dengan nama, MA Analytics Sdn Bhd merupakan rakan tempatan kepada syarikat Turki yang membangunkan sistem meriam bergerak “Yavuz” itu.

Semasa lawatan rasminya ke Turki baru-baru ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa melawat kemudahan yang dimiliki oleh MKE di Ankara.

MKE merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turkiye dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki.

MKE turut memegang 50 peratus saham di dalam Roketsan.

“Ditubuhkan pada tahun 1453 Masihi, MKE telah diamanahkan untuk membekalkan senjata, peluru dan meriam kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dan fungsi itu terus kekal sehingga ke hari ini dimana MKE masih kekal sebagai pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turki.

Yavuz

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Kini, MKE mempunyai 11 kilang senjata berat yang menghasilkan lebih 400 produk seperti senjata ringan dan berat, peluru, roket, bahan letupan dan lain-lain yang turut dieksport ke lebih 50 negara.”

Bagi kategori senjata berat, MKE menghasilkan pelbagai senjata berat termasuk sistem senjata 120mm bagi kereta kebal Altay, Boran 105mm towed howitzer, Panter 155mm towed howitzer (Panter), Firtina 155mm track Self Propelled Howitzer (Firtina SPH) dan Yavuz 155mm wheel Self Propelled Howitzer (Yavuz SPH).

Nama MKE, sememangnya tidak asing di dalam sistem persenjataan terutamanya howitzer. — DSA

 

Comments
Loading...