Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Belum “Cukup Kuat” Untuk Menyerang Taiwan, Kata Jeneral Amerika Syarikat

Bercakap kepada kongres negara itu, beliau juga berkata, pada ketika ini kemungkinan peperangan berlaku melibatkan China dan Taiwan adalah kecil.

0 2,480

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun bertahun-tahun membangunkan kekuatan tenteranya dan membelanjakan wang yang banyak tetapi China masih belum memiliki kemampuan  yang mencukupi untuk melancarkan serangan terhadap Taiwan, kata Pengerusi Ketua Staff Bersama Tentera Amerika Syarikat Jeneral Mark Milley.

Bercakap kepada kongres negara itu, beliau juga berkata, pada ketika ini kemungkinan peperangan berlaku melibatkan China dan Taiwan adalah kecil.

“Saya merasakan China perlu membangunkan lagi tenteranya lagi untuk melaksanakan operasi tentera untuk menakluk Taiwan sekiranya ia mahu berbuat demikian,” katanya, tetapi tidak memberikan sebab mengapa beliau berkata demikian.

Kenyataan oleh jeneral paling tinggi dalam tentera Amerika Syarikat itu berlaku beberapa hari selepas China mengerah 28 buah pesawat tenteranya untuk menceroboh Air Defence Identification Zone (ADIZ) yang terletak di selatan pulau itu.

Pucuk pimpinan kerajaan dan tentera China menyatakan bahawa menakluk semula Taiwan dan menjadikannya sebahagian daripada negara Komunis itu adalah kepentingannya.

Taiwan
Tentera Taiwan selepas selesai menjalani latihan.

 

Dua hari lepas juga, Taiwan mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat bermilai lebih US$400 juta untuk memberi sistem roket berganda (MLRS) “HIMARS” dan sistem peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” yang akan dibawa oleh sistem pelancar bergerak.

Sistem pelur berpandu “Harpoon” ini akan diletakkan di kawasan pesisir pantai Taiwan untuk mengekang kapal-kapal musuh daripada menghampiri pantai-pantai Taiwan.

Beijing tetap menganggap Taiwan sebagai miliknya (breakaway island) dan mahukan pulau itu kembali menjadi sebahagian daripada China.

Pada Mac lalu, Komander Tentera Amerika Syarikat di Pasifik Laksamana Philip Davidson memberitahu anggota Kongres bahawa China boleh melancarkan serangan untuk merampas kembali Taiwan di dalam tempoh enam tahun.

“Taiwan adalah salah satu daripada cita-cita utama China dan percaya bahawa ancaman untuk menyerang Taiwan itu akan berlaku dalam dekad ini , kemungkinan dalam tempoh enam tahun ini,” katanya.

China telah melaksanakan program membangunkan angkatan tentera dalam skala yang besar sejak 10 tahun yang lalu melibatkan kerahan kira-kira 1,200 peluru berpandu pelbagai jenis yang mensasarkan Taiwan.

Selain itu Beijing juga membangunkan kemampuan untuk membolehkan anggota tenteranya melaksanakan serangan amfibia dan serangan-serangan udara yang tepat. (precision bombing capabilities)

Beberapa tahun lepas, imej-imej satelit menunjukkan Beijing turut membina kedudukan tentera dan politik Taiwan dalam negara bagi membolehkan anggota tentera China melakukan latihan-latihan serangan terhadap negara pulau itu.

Sebarang serangan China terhadap Taiwan bakal melibatkan campurtangan daripada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, yang seterusnya akan meluaskan lagi konflik terbabit menjadi krisis di peringkat global.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...